Friday, 30 November 2012

kurang Bukti : Warga UK Yang Menumbuk Pelajar Malaysia Bebas! (6 Gambar)



John Kassongs Kafunda ( 23) dan  Reece Donovan (25) dua orang warga UK yang sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara kerana menumbuk Ashraf Rossli (21), seorang  pelajar Malaysia sehingga patah rahangnya hari ini dibebaskan kerana kekurangan bukti. Hukuman keatas John dan Reece ditarik semula selepas  rayuan mereka didengari di Mahkamah Wood Green Court semalam. Pada asalnya John dijatuhkan hukuman penjara empat tahun manakalan Reece pula menerima hukuman lima tahun.



Dalam kejadian yang berlaku Ogos 2011, Ashraf Rossli (21) ditumbuk di Jambatan Queen's Road ketika berlakunya  tunjuk perasaan besar-besaran di London. Selepas ditumbuk John dan Reece dikatakan mencuri beberapa barangan milik Ashraf dengan berlakon seperti mahu membantu pelajar Malaysia ini. Rakaman rompakan tersebar diYoutube dan ditonton jutaan orang. John dan Reece menjadi suspek utama polis selepas mereka menerima maklumat dari orang ramai. Dalam sebutan rayuan semalam pihak peguambela berjaya meyakinkan mahkamah bahawa video yang diambil TIDAK MAMPU membuktikan anak guam mereka yang merompak Ashraf. Resolusi videoterlalu rendah untuk membuktikan 100% memang John dan Reese adalah pesalah yang merompak. Oleh sebab itu mereka dibebaskan dari penjara pada kadar segera. Pihak peguambela juga mengatakan maklumat yang diterima oleh polis dari individu yang tidak dikenali adalah kurang kuat untuk menjatuhkan hukuman. Ianya mungkin tindakkan mereka yang mempunyai motif dendam terhadap John dan Reece.





Apakah reaksi anda terhadap pembebasan dua orang suspek ini? Adakah alasan peguambela boleh diterima? Kami menonton video ini beberapa kali dan kami rasa memang sukar untuk memastikan dua orang perompak ini ialah Jogn Kafunda dan Reece Donovan. Malang bagi Ashraf Rossli, muka dan pecah dan suspek yang bertanggung jawab tidak dapat ditemui, disahkan dan dipenjarakan.


No comments:

Post a Comment