Saturday 24 November 2012

Azizan Terkantoi Bajet 2013: ISU Penjualan Air (SADA) ke Pulau Pinang.

Memang meletop la pentadbiran kerajaan PAS Negeri Kedah. baru-baru ini kerajan PAS Kedah mengumumkan bajet 2103 di sidang DUN yang bernilai RM1.1 bilion meskipun mensasarkan pertumbuhan pendapatan berjumlah RM640 juta pada tahun 2013.
Menteri Besar Kedah, Azizan Razak yang membentangkan bajet "menipu" tersebut berkata bahawa jangkaan peningkatan pendapatan Kerajaan Negeri Kedah itu akan diperoleh dari hasil premium tanah dan air yang dijual kepada SADA serta sahabat "syaitan"nya Lim Guan Eng di Pulau Pinang.
Apa lagi la...si MB 'tak tau' nak bohong pada rakyat kedah...
Guan Eng: Pulau Pinang tidak pernah setuju beli air Kedah


GEORGETOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang menafikan pernah bersetuju untuk membuat pembayaran bagi pembelian air mentah dari Kedah.


Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, beliau telah menghubungi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi mendapatkan penjelasan mengenai Bajet 2013 yang menyatakan akan mendapat anggaran pendapatan kira-kira RM40 juta dari pembelian air.
Guan Eng berkata, tidak ada mana-mana pegawai atau Exco Kedah yang berjumpanya bagi membincangkan isu pembayaran air dan tiada sebarang dokumen hitam putih yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri berhubung perkara itu.

"Tidak dinafikan ada seorang pegawai dari Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (Sada) bertemu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Jaseni Maidinsa dan Ahli Lembaga Pengarah PBAPP, Mohamad Sabu namun tiada sebarang keputusan dibuat.
"Jadi saya tidak faham bagaimana Kedah boleh cakap mereka akan mendapat pendapatan RM40 juta sedangkan tiada sebarang surat mahupun pegawai PBAPP yang bersetuju untuk membayar," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Guan Eng berkata, jika Kerajaan Negeri bersetuju membayar pembelian air kepada Kedah, sudah pasti ia dimasukkan ke dalam Bajet 2013 Pulau Pinang yang diluluskan baru-baru ini.
Menurutnya, perkara ini timbul mungkin berpunca dari masalah dan kekeliruan di peringkat Kerajaan Kedah.

"Beliau (Azizan) pun bersetuju bahawa tiada langsung surat yang mengatakan Kerajaan Pulau Pinang bersetuju membuat bayaran.

"Mereka membuat anggaran yang langsung tak wujud," katanya.
Sebelum ini pada pembentangan Bajet 2013 Kedah, Azizan berkata pendapatan Kerajaan Negeri itu akan meningkat pada tahun depan apabila Pulau Pinang mula membayar caj bekalan air mentah yang mengalir dari sungai negeri itu.
Sinarharian


P/S : Azizan perlu baca dan teliti dulu apa isi kandungan belanjawan 2013 sebelum dibentangkan pada sidang DUN Kedah. Aku tau la hang tu 'dungu' tapi jangan tunjuk sangat kat orang. Hang tak tau ker, orang-orang dalam pentadbiran PAS Kedah, menunggu masa nak terajang hang keluar jer. 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment