Monday 12 November 2012

Kanak-Kanak Maut Ditimpa Dahan Pokok. Di Mukim Bongor, Baling.

(Gambar hiasan)

BALING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut akibat kecederaan di bahu dan kepala selepas ditimpa dahan pokok di hadapan rumahnya di Kampung Keda Banggol Petai, Mukim Bogor, di sini, Isnin.

Mangsa, Nurhanis Abdul Rahman, meninggal dunia pada pukul 3 petang selepas menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Menurut bapa kanak-kanak itu, Abdul Rahman Ismail, 42, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8.15 pagi semasa anaknya bersama dua lagi rakan sebayanya bermain di bawah sebatang pokok di hadapan rumahnya.

"Anak saya tercedera di bahu dan kepala serta pengsan sebaik ditimpa dahan yang reput lalu dikejarkan ke Hospital Daerah Baling (HDB).

"Dia kemudianya dipindahkan ke HSB untuk rawatan lanjut tetapi meninggal dunia," katanya semasa dihubungi Bernama.

Beliau berkata dua rakan anaknya hanya mengalami kecederaan ringan.

Katanya semasa kejadian beliau tiada di rumah dan isterinya Faridah Che Nordin, 33, yang berada di rumah, segera menelefonnya mengenai kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Baling, Supt Mat Daud Md Hassan yang dihubungi mengesahkan kejadian itu. -BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment