Friday 30 November 2012

Pemerhati UMNO Meninggal Sebelum Sempat Mendengar Amanat @NajibRazak #pau2012



KUALA LUMPUR: Seorang pemerhati Umno dari Padang Besar, Perlis tidak berkesempatan mendengar amanat Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung Umno di sini, Khamis apabila meninggal dunia secara mengejut kerana sakit tua.
Wan Othman Yaakob, 60, Anggota Jawatankuasa Umno bahagian Padang Besar yang berasal dari Kampung Alor Tampang, Jalan Bukit Keteri, Perlis, mengadu sesak nafas di lobi hotel penginapannya di Jalan Raja Laut pada pukul 6.30 pagi.
Allahyarham kemudian dibawa ke biliknya oleh rakannya sebelum rebah dan meninggal dunia, kata jurucakap hotel itu kepada Bernama.
Beliau berkata pihaknya kemudian menghubungi Hospital Kuala Lumpur yangmenghantar sebuah ambulans dan pegawai perubatan mengesahkan Wan Othman telahpunmeninggal dunia.
Katanya Wan Othman dilaporkan sedang bersiap sedia untuk ke Pusat DaganganDunia Putra bagi mengikuti majlis perasmian perhimpunan itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad mengesahkanmenerima laporan mengenai kematian Wan Othman pada pukul 7.45 pagi.
Beliau berkata anggota perubatan HKL mengesahkan Wan Othman meninggal duniaakibat sakit tua, dan jenazahnya dibawa pulang ke Perlis oleh keluarganya untukdikebumikan.
Sementara itu, semasa majlis perasmian perhimpunan agung berkenaan, Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Badruddin Amiruldin memaklumkan kepada para perwakilan mengenai kematian Wan Othman dan perwakilan ke perhimpunan itu menyedekahkan Al-Fatihah kepada roh Allahyarham. BERNAMA
P/s :. Dengan seluruh tekad dan keringat. Seluruh jiwa dan raga kita. Hanya untuk parti. Kita akan terus percaya di saat sakit, jerih dan perih, puteri berdiri bukan kerana takdir, tetapi kerana seruan juang pada agama bangsa dan negara. Hingga sekiranya ditanya. Sebagai pejuang, sanggupkah kita membayar perjuangan dengan nyawa kita sendiri? Katakan bahawa kita sanggup. Katakan kita mahu, kita mampu, kitalah pejuang-pejuang itu!
  

No comments:

Post a Comment