Thursday 29 November 2012

[VIDEO] Tun Dr Mahathir Ulas Ucapan Dasar Presiden UMNO @NajibRazak #pau2012



Majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012 .Perhimpunan agung kali ini, yang berlangsung selama lima hari, bermula Selasa lepas dengan Perhimpunan Agung ketiga-tiga sayap parti itu melibatkan 2,973 perwakilan dari semua bahagian Umno seluruh negara.

Perhimpunan Agung Umno 2012 Tampak Lebih Kuat Dan Bersemangat - Tun Mahathir

Mantan Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) memerhatikan isterinya Tun Siti Hasmah Mohd Ali berbual dengan isteri Presiden Umno Datin Seri Rosmah Mansor ketika menghadiri perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Khamis. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Perhimpunan Umno 2012 sebagai lebih kuat dan bersemangat, tanda semua perwakilan serta Umno secara keseluruhannya telah siap sedia untuk 'berperang' menghadapi pilihan raya umum ke-13.
"Saya kagum dengan semua perwakilan yang hadir pada perhimpunan kali ini apabila kesemuanya nampak lebih bersemangat, lebih-lebih lagi ketika presiden parti (Datuk Seri Najib Tun Razak) berucap.
"Saya nampak semangat pada perhimpunan kali ini lebih kuat... bahkan lebih kuat daripada perhimpunan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Khamis.
Dr Mahathir yang kelihatan segak dengan berbaju Melayu jingga, menyifatkan ucapan perasmian Najib pada tahun ini sebagai satu ucapan yang hebat.
"Beliau (Najib) telah menjawab segala tomahan, tuduhan dan fitnah yang selama ini dilontarkan oleh parti-parti pembangkang terhadap Umno," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment