Saturday 17 November 2012

Perkasa 'hadiahkan' replika kunci, gerai kepada Ketua Menteri


GEORGE TOWN - Seramai 20 anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini menyerahkan replika kunci kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai simbolik menyerahkan kembali gerai perniagaan milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Replika kunci yang diserahkan Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin itu diterima seorang pegawai di pejabat ketua menteri di Komtar.

Mohd Rizuad berkata beliau akur dengan keputusan MPPP membatalkan lesen perniagaan dan mengarahkannya mengosongkan premis perniagaan itu pada 6 Nov lepas.

"Saya telah berputus asa kerana MPPP tidak melayan berpucuk-pucuk surat rayuan dan kunci serta replika gerai di Teluk Bahang ini saya hadiahkan khas kepada ketua menteri dan saya redha dengan keputusan MPPP," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Rizuad berkata, alasan pembatalan lesen perniagaan itu ialah berikutan gagal menjalankan perniagaan selama sebulan pada Mei lepas, namun beliau telah menjelaskan bahawa gerai tersebut tidak dibuka kerana isterinya sarat mengandung anak keempat.

"Kami sudah 20 tahun menjalankan perniagaan pakaian dan keperluan harian di situ dan selepas isteri bersalin, operasi kedai diteruskan seperti biasa, namun saya tetap diarah mengosongkan premis perniagaan itu," tambahnya.- Bernama

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment