Wednesday 21 November 2012

Cemas !!! #HarimauMalaya “hilang selera” menjelang sepak mula Piala AFF.

Apa dah jadi dengan pasukan bola sepak Kebangsaan, seolah hilang Fokus menjelang kejohanan bola sepak AFF. Apatah untuk mempertahan piala Suzuki yang dimenangi, jika aksi sebegini di pamerkan.

Raja Kecewa Aksi Pemain, Raih Seri Dengan Bangladesh

KUALA LUMPUR: Pasukan Malaysia sekadar seri 1-1 menentang Bangladesh pada aksi perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa.

Selepas aksi hambar dalam tiga perlawanan antarabangsa sebelum ini, skuad Datuk K. Rajagobal sekali lagi gagal mempamerkan permainan menyakinkan, yang serba tidak menjadi.

Gol tunggal negara dijaringkan oleh Mohd Khyrill Muhymeen Zambri pada babak pertama permainan ('22).

Namun harapan untuk melihat skuad Harimau Malaya menambah gol pada babak kedua hanya tinggal harapan, lebih-lebih lagi pasukan pelawat berjaya menyamakan jaringan pada minit ke-82 melalui sepakan penalti yang dilakukan oleh Md Jahid Hasan Ameli.

Ketua jurulatih Bangladesh, Saiful Bari Titu ternyata gembira dengan keputusan ini selepas tewas 5-0 kepada Thailand baru-baru ini.

"Agak terkejut dengan keputusan ini. Bertemu Malaysia bukan mudah dan saya gembira dengan prestasi pemain-pemain.

"Sokongan yang ada juga amat menakjubkan seperti perlawanan piala dunia dan ia sesuatu yang bagus bagi kami," katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Saiful berkata, pada babak kedua permainan, dia telah menukar taktik dan ianya berhasil.

"Pemain-pemain lebih yakin dalam melakukan serangan dan dalam situasi ini apa sahaja boleh berlaku.

"Jika bertuah kamu boleh menang perlawanan seperti ini," tambahnya.

Sementara itu, Rajagobal mengakui agak kecewa dengan aksi pemain-pemainnya.

"Saya akui sangat kecewa dengan persembahan tidak bertenaga semua pemain.

"Malah pergerakan mereka juga tidak menjadi.

"Sebelum ini saya selalu cakap mereka perlu berubah lebih baik, namun hari ini tidak menjadi.

"Kita masih ada lagi empat hari, dan kita tidak boleh ada alasan lagi ketika perlawanan bertemu Singapura Ahad ini," katanya.

Senarai pemain:

Malaysia: Mohd Farizal Marlias (GK), Mohd Bunyamin Umar, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak,Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Sali, Amar Rohidan, Mohd Khyrill Muhymeen Zambri, S. Kunanlan, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohamad Fadhli Mohd Shas

Bangladesh: Md Waly Faisal, Mohammad Nasir Uddin Chowhur, Atikur Rahaman Meshu, Md Zahid Hossain, Md Mamunul Islam Mamun, Md Jahid Hasan Ameli, Shakil Ahmed, Md Mamun Miah, Pranotosh Kumer Das, Sujah, Mamun Khan.

Mstaronline
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment