Friday 16 November 2012

PANAS !!! Pendedahan Cg Non (ahli PAS seumur hidup) berkenaan 'HUDUD PAS' di Jawab.

Hanya Terima Kedudukan Agama Islam, Bukan Hukum Hudud - Dr Tan Seng Giaw

KOTA BAHARU: Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Dr Tan Seng Giaw berkata tidak tahu bagaimana boleh timbul isu hukum hudud dipersetujui pakatan pembangkang, sambil menegaskan DAP hanya menerima kedudukan agama Islam seperti mana termaktub dalam perlembagaan negara.

Beliau berkata persetujuan yang dicapai antara DAP dan PAS berkenaan pelaksanaan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan nanti, adalah berdasarkan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia.

"Itu banyak kali disebut Haji Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul HadiAwang) dan kita ikut semangat isi kandungan perlembagaan (Malaysia) itu yangdisebutkan...saya tak tahu macamana isu lain (hudud) boleh timbul,".

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas perasmian, Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di sini, Jumaat.

Semalam Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berkata pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju bahawa hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan pilihan raya umum ke-13.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula berkata isu hukum hudud hanya diperbesarkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

"Menurut ucapan presiden (Abdul Hadi ketika merasmikan muktamar) ia tidak menyatakan begitu (apa-apa yang berkenaan dengan isu hudud). Ia hanya menyebut mengenai negara berkebajikan dan perpaduan," katanya.

Berkata berkata 'negara berkebajikan' tidak boleh dialih bahasa kepada 'welfare state' kerana menurutnya ianya jauh berbeza daripada segi maksudnya.

"Negara berkebajikan Islam ini merangkumi lebih daripada apa yang dikatakan 'welfare state' yang menjurus kepada negara komunis atau negara sosialis. Ianya (negara berkebajikan) lebih berpandukan perpaduan bersama, untuk bawa generasi muda sekarang dan akan datang ke arah yang memberikan kita lebih kemajuan," katanya. BERNAMA

P/S: PAS hanya menjadi tunggangan DAP untuk berkuasa....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.








1 comment:

  1. Itulah pas..
    Allah telah menterbalikkan lidah2 ualamak2 palsu.
    Satu kkata lain ulamak palsu kata lain.
    Senang cerita...
    ulamak pas adalah DAJJAL.

    ReplyDelete