Rabu, 10 April 2013

SPR Tetapkan 20 April Penamaan Calon, 5 Mei 2013 Hari Mengundi #PRU13 #GE13 @NajibRazak


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kiri) dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar bersedia sebelum meneruskan mesyuarat penamaaan calon dan tarikh bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 di Putrajaya, pagi Rabu.



PUTRAJAYA: Hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 ditetapkan pada Ahad 5 Mei,manakala tarikh penamaan calon pada 20 April,Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pada Rabu.


Pengundian awal ditetapkan pada 30 April.Tempoh berkempen ialah selama 15 hari. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.

Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan pada Khamis (11 April).

Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).Abdul Aziz membuat pengumuman itu pada pukul 12.30 tengah hari di ibu pejabat SPR di Putrajaya, yang disiarkan secara langsung oleh RTM dan TV3.

SPR mengadakan mesyuarat khas hari ini untuk menentukan tarikh pengundian dan pencalonan bagi PRU13 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April lepas.

Sebelum dibubarkan, komposisi Dewan Rakyat menyaksikan BN menguasai 137 kerusi, selebihnya DAP (29), PAS (23), PKR (23), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masing-masing satu kerusi. Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas.

Abdul Aziz berkata SPR telah menerima pengisytiharan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 3 April 2013 berhubung pembubaran Dewan Rakyat.Semua Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak telah dibubarkan setakat 5 Aprildan menurut Fasal 4 Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakanpilihan raya umum dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran.

Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011.Abdul Aziz berkata SPR menetapkan writ pilihan raya dikeluarkan esok dannotis pilihan raya pada Jumaat, 12 April.
Beliau berkata berdasarkan daftar pemilih, terdapat 12,992,661 pemilih biasa dan 275,341 pengundi awal.

Pengundi awal terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan; 111,136 anggota polis dan pasangan; serta 2,954 pengundi tidak hadir (pengundi di luar negara).Abdul Aziz berkata sebanyak RM400 juta diperuntukkan untuk pengendalian PRU13 melibatkan 234,905 petugas pilihan raya.

Untuk tujuan pengundian keseluruhan, SPR menyediakan 8,789 pusat mengundi dengan 26,219 tempat/saluran mengundi.Bagi pengundian biasa, 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi akan disediakan, manakala pengundian awal membabitkan 544 pusat mengundi dengan 882 tempat/saluran mengundi.

-BERNAMA 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah