Wednesday, 4 July 2012

AWASI!! JANGAN BIARKAN ANAK ANDA DIRATAH DEK LELAKI NIGERIA!!



Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontingen, IPK Selangor dibantu Pasukan Gerakan Am serta kakitangan Jabatan Pelancongan dan Kementerian Pengajian Tinggi membuat pemeriksaan di Mentari Court, Sunway Mentari, Petaling Jaya, Selangor malam semalam.

Kekuatan keseluruhan gabungan pihak berkuasa, 245 orang.

Mentari Court dikenalpasti antara kawasan dijadikan penempatan warga Afrika terutama mereka mendakwa berstatus pelajar kolej swasta.


Untuk pengetahun pembaca, saya tidak pernah memasuki kawasan apartment terbabit sebelum ini, sekadar beberapa kali memerhatikan dari luar sahaja.


Melihat saya berjalan memasuki pintu pagar utama, beberapa pengawal keselamatan berbangsa Melayu, mempelawa saya menaiki motosikal untuk ke blok menjadi sasaran pihak berkuasa.


Saya percaya kawasan terbabit telah ditinjau terlebih dahulu sebelum Ops Tiung dilaksanakan lewat malam tadi.

Saya bersama pengawal keselamatan terbabit kemudian naik ke tingkat teratas, tingkat 17 menggunakan lif. Sempat saya rakamkan suasana sekitar apartment sebelum memasuki satu daripada unit di tingat terbabit.


Sebaik masuk ke unit terbabit, saya berasa hairan sebaik terjeling kawasan sekitar kaki meja..

Sejak bilakah lelaki Afrika membaca majalah Nona?


Beberapa saat kemudian saya menyedari kehadiran gadis memakai baju berwarna merah, sedaya upaya  cuba mengelak daripada rakaman lensa kamera saya.

Wajahnya manis cuma ketika itu bak tidak darah, pucat.

Sebaik mendengar loghat pertuturannya, saya tahu dia berasal dari Negeri Di Bawah Bayu.

"Janganlah ambil gambar saya. Saya malu, nanti keluarga di Sabah tahu!," jeritnya kepada saya dan beberapa jurugambar lain.


"Kamu duduk serumah dengan lelaki Afrika, tidak malu pula," celah seorang daripada jurukamera.

Saya hanya membisu dan teruskan merakamkan gambarnya. Berikutan itu gadis terbabit menjadi tidak ketentuan arah dan kemudian cuba bersembunyi di dalam bilik sambil diekori anggota polis wanita di bawah.


"Kalau mengikut maklumat tercatat di MyKad, dia dilahirkan pada tahun 1985, umur 27 tahun dan beragama Islam," kata anggota polis wanita itu.

Saya kemudian berhenti merakamkan gambar anak kelahiran Kepayan, Kota Kinabalu itu. Saya faham, barangkali dia panik.

Hemat saya, nasib gadis terbabit agak baik. Mujur bukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor mengetuk pintu dan menyerbu unit kediamannya.

Jika tidak, dia pasti dituduh berkhalwat.

"Mana satu boyfriend dia?," soal saya.

Pegawai polis bertugas menunjukkan lelaki bertubuh sasa di bawah.


Seperti dijangkakan sejak awal, dia dan 2 lagi rakan serumah, juga warga Nigeria bertegang leher mengemukakan pelbagai alasan untuk mengelak daripaa diberkas oleh pegawai dan anggota polis bertugas.

Pada masa sama, lelaki sama juga cuba menghalang jurukamera merakamkan gambarnya.


Pun begitu, saya berasa yakin pihak polis sudah terlalu masak dengan tipu helah mereka.

Pada jam 12.07 minit malam, lebih ramai wartawan dan jurugambar tiba di unit sama. Majoriti mereka kenalan saya.


Mereka di atas antara nadi utama membekalkan berita berhubung kes jenayah di Lembah Klang.  Sebilangan baru sahaja bertugas di meja jenayah, majoriti seasoned journalists.

Di rumah terbabit, pihak berkuasa merampas beberapa komputer riba dan peralatan telekomunikasi lain.


Sebelum tangannya digari, saya mengekori teman lelaki gadis terbabit masuk ke dalam bilik mereka. Bilik kecil, bersepah, cadar tidak dikemas. Barangkali mengemas tilam tidak begitu penting kerana tubuhnya terlalu kerap diratah oleh lelaki Nigeria itu di tilam sama.


Terfikir, mengapakah gadis dewasa seperti dia sanggup hidup dalam keadaan berserabut? Melihat kain batik tersidai di pintu almari, saya yakin mereka tinggal di bilik sama.  . 


Lebih setengah jam saya menunggu di ruang tamu, sebelum gadis Sabah itu berjalan keluar sambil menutup wajahnya menggunakan tuala mandi.

3 lelaki tinggal serumah bersamanya turut diberkas.


"Sejak bilakah kamu mula digomoli lelaki Nigeria itu?," tanya saya sewaktu dia berdiri berhampiran lif di tingkat paling tinggi itu.

Hampa, dia enggan menjawab setiap soalan diajukan.

Mungkin kerana saya tidak sekacak teman lelakinya dan tidak bijak merayu.


Di tingkat 16 saya terserempak Pegawai Risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, ASP Hazri Mohamad bersama pegawai dan anggota beliau.


Tiga lelaki dan seorang wanit diberkas di unit terbabit.

"Masa kita masuk tadi, ada tengah sibuk berborak di lama sosial. Lebih pelik, tumb drive sekotak besar, entah hendak buat apa," bisik anggota polis wanita berdiri di sebelah saya.

No comments:

Post a Comment