Saturday 21 July 2012

OSTAZAH ARTIS PAS MAKIN TAK KARUAN KELUAR "FATWA"


Aishah kata hanya Pas mampu pertahankan Islam..




“Saya memilih Pas kerana Islam. Saya ingin berdakwah melalui Pas kerana parti ini mempertahankan agama Islam dan saya selesa bersama barisan kepimpinan Pas.”

Itu pengakuan penyanyi Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Arifin yang diundang menjayakan ceramah ‘Bilo Selebriti Dah Join Pas’ di Dataran Al- Ikhwan di Air Mawang, petang kelmarin.

Aishah berkata, walaupun baru dua bulan menyertai Pas, dia yakin dan bersemangat untuk terus berjihad di jalan ALLAH SWT.

“Ini bukan bermakna semasa saya menjadi penyanyi, saya tidak mendekati ALLAH SWT tetapi selepas memilih Pas, saya lebih bersemangat ingin berjuang dan berdakwah ke jalan yang diredhai. Lagipun kita sudah sedia maklum, perjuangan Pas salah satunya adalah Islam.

“Bukan hanya seorang ulama sahaja yang boleh berdakwah, seorang penyanyi juga mampu melakukannya," katanya.

Menurutnya, asas pertama dia memilih Pas kerana Islam itu sendiri dan kerana kesucian agama Islam.

"Saya hanya nampak Pas sahaja yang mampu pertahankan agama Islam.

"Walaupun saya tidak belajar tinggi hingga ke Universiti Al-Azhar tetapi saya tidak jahil agama Islam, malah selepas masuk Pas, mereka banyak membantu dan memberi sokongan kepada saya untuk terus berdakwah kepada masyarakat terutama peminat saya,” katanya.

Dalam pada itu, Aishah turut memuji keterbukaan Pas menerima golongan artis sebagai ahli.


KK... 
NAK TAU JUGA MASA PAS TAK DI TUBUHKAN DULU ORANG DAHULU BERJUANG TAK MEMPERTAHAN ISLAM KER....?
NAK TAU JUGA NEGARA-NEGARA ISLAM LAIN YANG TAK DAK PARTI PAS TAK MEMPARTAHANKAN ISLAM KER,,,,?

2 comments:

  1. Dia lum jumpa lagi tu, sat lagi jadi Akhir Hai le. Dah cabutttt.

    ReplyDelete
  2. Menyokong PAS adalah haram kerana PAS adalah tidak syarie yang mana tidak ada nas Quran atau Hadith yg membenarkan perjuangan PAS utk menjatuhkan pemimpin yg sedia ada. Perlembagaan PAS sendiri (yakni Quran dan Hadith) mengharamkan kewujudan PAS. PAS wajib ditolak kerana perjuangan mereka adalah perjuangan khawarij. Utk kami, kami sangat jelas akan perkara ini kerana kami mendengar dengan jelas bahawa PAS akan mengangkat senjata jika gagal di dalam demokrasi sepertimana FIS di Algeria dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

    ReplyDelete