SHAH ALAM – Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu)
mencadangkan semua cendekiawan dikumpul untuk berbincang mengenai
pelaksanaan hudud di negara ini.Pengerusinya,
Fathul Bari Mat Jahaya berkata,
sudah tiba masanya orang Islam duduk semeja
berbincang mengenai hukum ini malah ia juga
langkah penting supaya semua pihak dapat
memahami dengan jelas mengenai pelaksanaan
hukum hudud di negara ini.“Kita mahu hukum
hudud ini benar-benar dilaksanakan, namun,
tidak mahu ia dilaksanakan dalam keadaan
terburu-buru kerana ada negeri yang telah
ada enakmen berkaitan hukum ini, tetapi tidak dapat laksana atas beberapa
alasan.“Jadi, kita mahu semua cendekiawan seperti mufti, ilmuan Islam, wakil
parti politik, pihak berkuasa, pakar Perlembagaan dan perundangan dapat berkumpul
untuk berbincang mengenai pelaksanaan hukum ini,” katanya.Mengulas mengenai
hasrat Ilmu untuk mengutus surat rasmi kepada Umno Johor berhubung sokongan
mereka terhadap cadangan pelaksanaan hukum hudud di negeri itu, beliauberkata
surat itu akan disampaikan pada Isnin depan.Katanya, surat rasmi itu
mengandungi beberapa perkara antaranya menyatakan kesediaan mereka
menyokong usaha pelaksanaan hudud tanpa mengira kepentingan parti
politik.“Hudud bukan hukuman semberono, kita tidak mahu lihat hukuman
ini dalam pelbagai versi sama ada versi Pas atau Umno. Cadangan daripada
Umno atau Pas itu bukan jadi persoalan sekarang.“Dalam hudud tiada kepentingan
politik, sebab itulah kita sokong usaha daripada siapa pun untuk
laksana hudud,” katanya.Sumber Sinar.
No comments:
Post a Comment