Monday, 5 November 2012

[Video ] Panas !!!! @n_izzah lakukan aksi di Gaspel Tabernacle.



Video AntaraPos memperlihatkan antara lain Nurul Izzah berkata, “Tidak harus ada paksaan di dalam agama. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf ... ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum),”kata Nurul Izzah dalam forum bertajuk “Negara Islam: Versi siapa?, Tanggungjawab Siapa?” di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 3 November 2012.


Nurul Izzah semalam menafikan di blognya semalam seperti berikut:
Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” sebagai seorang panelis.
Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.
Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.
Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.
Saya cenderung mendukung program pendididkan dan daawah untuk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.
Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama.

Sekarang siapa yang betul, videokah atau kenyataannya. Kalau ikut kata Presiden PAS, video itu hanya besi. Wallahualam

No comments:

Post a Comment