Friday 14 September 2012

Terkini !!! Kes orang 'Hilang' di Lata Bayu, Baling.














Maklumat terkini berhubung operasi mencari dan menyelamat orang 'hilang' di Peranginan Lata Bayu, Baling.

Pasukan keselamatan menghentikan operasi mencari dan menyelamat. Kes ini amat 'meragukan' kerana maklumat yang di terima agak 'kabur'.

Maklumat awal, kejadian ini di terima melalui frekuansi radio amatur, apabila siaran radio amatur menerima panggilan dari mangsa melalui radio amatur, melalui frekuasi jerai menyatakan mereka tersesat di Hutan Lata Bayu, mereka seramai 5 orang yang berasal Selangor.Di katakan salah seorang mangsa telah meninggal dunia.

Kes ini agak kompleks, kerana pihak keselamatan tidak menerima apa-apa laporan mahupun berita kehilangan mangsa. Walau bagaimanapun bilik gerakan operasi masih lagi di buka sehingga jam 6.00 petang ini.

Apakah kes ini kejadian 'Palsu' atau §engaja di adakan oleh pihak tertentu.
Pihak yang berkenaan masih lagi menjalankan siasatan terperinci.

Ifo terkini akan di update dari masa ke semasa.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. Apa update terkini? Dengar cerita, SnR telah ditamatkan kerana maklumat diragui.

    ReplyDelete