Monday 12 November 2012

Gempar !! KUIN masa depan MB kedah makin pudar #TukarKedah


Program Ijazah KUIN: PSSPGM Buat Laporan Polis

ALOR SETAR: Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia (PSSPGM) Kedah hari ini membuat laporan polis berkaitan program ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat ijazah Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang didakwa masih tidak mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Bendahari Kehormat PSSPGM Abi Norzuwadin Abdullah berkata laporan polis itu dibuat kerana kecuaian Kuin menawarkan kursus yang masih belum mendapat pengiktirafan MQA.

Walaupun masalah pengiktirafan itu belum selesai, Kuin tetap membuat pengambilan kedua untuk kursus sama, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini, Isnin.

"Saya difahamkan seramai 30 pelajar sedang mengikuti kursus pengajian dalam bidang tersebut. Saya harap isu ini diselesaikan segera," katanya. -BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment