Khamis, 14 Februari 2013

Bantuan Rakyat 1Malaysia mungkin dinaikan RM1000 pada masa hadapan. @MuhyiddinYassin @1malaysia #BR1M @janji_ditepati

Semua ini pastinya akan menghantui pembangkang dan ketakutan kepada BR1M itu hanya sebahagian sahaja!

Berita baik untuk Rakyat Malaysia. Kerajaan BN akan teruskan BR1M pada masa hadapan. Rakyat harus memberikan Mandat untuk terus mamacu dan mentadbir Malaysia.

Kerajaan Barisan Nasional juga, akan menambah jumlah bantuan BR1M sehingga RM1000.

BR1M Mungkin Cecah RM1,000 - TPM

PAGOH: Kerajaan mungkin akan menaikkan jumlah bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga RM1,000 kepada setiap keluarga yang layak pada masa akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, janji berkenaan boleh dilaksanakan jika Barisan Nasional (BN) terus mendapat mandat daripada rakyat untuk menerajui kerajaan dan mempunyai kemampuan kewangan bagi terus membantu rakyat.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib (Tun Razak) ada sebutkan dua hari lepas di Johor. Ada orang tanya ada ke tidak BR1M 3 dan BR1M 4.

"Beliau (perdana menteri) kata ada, dengan syarat BN terus berkuasa, baru lah ada BR1M. Manalah tahu kalau rezeki bertambah, RM500 naik kepada RM1,000," katanya berucap pada majlis penyerahan BR1M kepada 2,042 penerima peringkat Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang, di Felda Sri Jaya, di sini, Khamis.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana supaya tidak menolak tuah dan terus memberi sokongan padu kepada kerajaan bagi menjamin masa depan terutama dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata pelbagai usaha yang dilakukan kerajaan BN sudah elok namun ia belum mencapai matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju setanding negara luar.

Beliau berkata kerajaan kini berusaha untuk memperbaiki perkhidmatan dan menunaikan pelbagai janji yang dibuat berbanding pembangkang yang sering menabur fitnah dan mengelirukan rakyat dengan pelbagai cerita kononnya kerajaan tidak melakukan sebarang usaha memajukan negara.

"Pembangkang kata BN zalim, seksa rakyat. Kata kita tidak tolong rakyat. Jadi, rakyat jangan mudah termakan janji. Yang sudah elok, kita baiki lagi.

"Saya tidak kata BN elok 100 peratus. Dalam keluarga kita di rumah pun ada masalah. Sedangkan lidah lagi tergigit. Hari ini BN sudah tunai banyak janji, cuma belum sampai matlamat menjadikan Malaysia negara maju," katanya.

Mstar.

KK: Kerajaan Barisan Nasional sentiasa komited dengan Janjinya. "Janji ditepati" akan terus memacu ekonomi rakyat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah