Rabu, 13 Februari 2013

Nyaris Maut di Jalan Genting Klang.Ana Dahlia bersyukur. #MeleTOP




KUALA LUMPUR - Pelakon popular, Ana Dahlia nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Jalan Genting Klang di sini, awal pagi tadi.

Ketika kejadian kira-kira jam 1 pagi, sebuah kereta Proton Iswara yang dari arah pusat bandar menghala ke Gombak, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah van dan kereta Toyota Vios, yang dipandu oleh pelakon itu.

Ana Dahlia, 29, berkata, dia memandu seorang diri dalam perjalanan dari arah Genting Klang menghala ke rumahnya di Kuala Lumpur.

“Saya nampak kereta Proton Iswara dari arah bertentangan terbabas dan merempuh van di hadapan lalu melanggar kereta yang dipandu saya.

"Akibat rempuhan itu kereta saya berpusing beberapa kali, sebelum terbabas ke pembahagi jalan," katanya.

*Menurut Ana Dahli, atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, beliau menggigil ketakutan dan terkejut akibat kejadian itu.

“Saya hanya mampu ingat ALLAH dan berharap tidak berlaku kejadian buruk. Rempuhan itu mengakibatkan kereta saya remuk, namun saya bersyukur kerana selamat,” katanya.

Ana Dahlia berkata, beliau menerima rawatan di hospital berhampiran akibat cedera di kening dan tulang rusuk retak.

“Saya perlu jalani penggambaran telemovie atas dasar tanggungjawab walaupun dalam keadaan sakit.

“Terima kasih kepada orang ramai yang menghulurkan bantuan ketika kejadian,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning mengesahkan kejadian itu.

“Difahamkan, seorang lelaki berusia 29 tahun yang memandu kereta Proton Iswara cedera parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta pengangkutan Jalan 1987. -SH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah