Tuesday 5 February 2013

[Update] 2 beradik Hilang Ditemui Dalam Keadaan Selamat. #1M4U #1Malaysia


KLANG: Dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang Rabu minggu lalu berjaya ditemui dalam keadaan selamat.

Sebelum itu, berita kehilangan 2 beradik ini telah di keluarkan di link ini http://kamerakupang.blogspot.com/2013/02/prihatin-dua-anak-kena-culik-1m4u.html?m=1

Polis menemui Chen Poh Choo, 15, dan adiknya Chen Poh Fong,13, tinggal bersama seorang lelaki warga asing dipercayai teman lelaki salah seorang daripada mereka pada pukul 2 petang di Taman Sentosa

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamed Mat Yusop berkata remaja berkenaan telah di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk pemeriksaan.

"Kita masih belum mengetahui punca mengapa dua remaja perempuan ini lari dari rumah mereka. Kami belum menyiasat warga asing berkenaan.

"Biar pihak polis menjalankan siasatan terlebih dahulu dan elakkan daripada mendengar khabar angin," katanya pada sidang media di sini pada Isnin.

Mangsa yang turut hadir pada sidang media tersebut hanya mengeleng-gelengkan kepala mereka ketika ditanya oleh ACP Mohamad sama ada mereka mahu pulang ke rumah atau tidak.

Bagaimanapun wartawan dilarang daripada mendekati dan bercakap dengan kedua-dua remaja perempuan berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan Poh Choo dan Poh Fong, masing-masing pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandamaran Jaya, hilang selepas keluar dari rumah untuk ke sekolah Rabu lepas.

Sementara itu, ibu kedua-dua remaja itu, Lee Lay Chin, 35, berkata beliau bersyukur apabila diberitahu kedua-dua anaknya itu sudah ditemui.

Mstar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment