Isnin, 1 Julai 2013

Rumah @Khairykj dirompak.


Rumah Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Jalan Setiabistari, Bukit Damansara dipecah masuk tiga pencuri pada tengah hari Sabtu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata dalam insiden yang berlaku pada pukul 5.30 petang, suspek memasuki rumah Khairy dengan memanjat tembok pagar dan kemudiannya masuk mengikut pintu hadapan yang tidak berkunci.

Trio berkenaan menaiki kereta Proton Waja. "Menteri dan isterinya tiada di rumah dan hanya tinggal pembantu rumah beliau ketika kejadian berlaku.

"Pembantu rumah berkenaan sangat takut untuk berbuat apa-apa. Dia hanya mampu melarikan diri dan bersembunyi dalam bilik utama," kata Ku dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata jumlah kerugian masih disiasat.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno turut mengesahkan insiden berkenaan pada laman sosial Facebook miliknya pada Ahad, serta merakamkan ucapan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakanya kerana prihatian dengan kejadian tersebut.

"Syukur tiada siapa yang cedera, saya menyerahkan isu ini kepada pihak polis.

"Insiden ini satu peringatan kepada semua bahawa jenayah merupakan satu masalah yang seirus di negara kita. Ia merupakan isu yang benar dan bukannya persepsi semata-mata," katanya.

Sumber Mstar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah