Wednesday 31 July 2013

#SYIAH Bergerak aktif di wilayah selatan Thailand. di dalangi Pemimpin Politik ? @inspirasiislami #rakyatnews

Puak Rafidhah (Syiah) Jadikan Selatan Thailand Sebagai Markas Penyebaran Agama Mereka.



Kegagalan mewujudkan sebuah kompleks penyebaran dan pendidikan Rafidhah di Gombak, ternyata tidak mematahkan semangat musuh Allah Taala dan Rasul-Nya itu. Sebaliknya mereka yang cukup licik menipu, memperdaya dan menyelewengkan akidah umat Islam menerusi pengakuan bahawa mereka adalah pencinta Ahlul Bait walhal merekalah sebenarnya yang jadi pembunuh, berusaha mencari tapak lain yang lebih bebas dan tidak terkongkong dengan undang-undang Malaysia.

dn_02.1

Undang-undang Malaysia tidak membenarkan fahaman Syiah dikembang-biakkan mahupun dianuti kerana menyalahi mazhab Sunnah Wal Jamaah.

Seringkali kalau berhadapan, puak  Syiah akan cuba menunjukkan kejantanan dengan bertanya, adakah Syiah sesat?

Sememangnya, kesesatan itu hak Allah Taala. Tiada sesiapa yang boleh menyatakan orang lain sesat melainkan telah nyata kesesatannya, tetapi kaedah dan amalan yang menjadi darah daging Syiah sememangnya adalah untuk menyesatkan umat Islam daripada jalan kebenaran dan meletakkan diri ke kancah neraka.

Undang-undang di Malaysia tegas menghalang Syiah daripada berkembang biak secara terang-terangan. Walaupun ada kalangan puak Syiah yang tidak lagi berselubung dan berselimut dengan taqiyyah mereka, mendesak agar Malaysia mengiktiraf fahaman sesat lagi menyesatkan itu, namun sehingga setakat ini, pihak berkuasa masih tegas mempertahankan keputusan dan peraturan yang telah dibuat berdekad-dekad lalu.

Syiah sebenarnya tidak boleh diberi ruang walaupun seinci. Namun, berbanding UMNO, Syiah sebenarnya lebih tertarik dan mudah menyusup masuk ke dalam PAS. Apatah lagi di kalangan pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri, taqiyyah juga merupakan pakaian mereka semenjak dahulu kala. Penipuan, pembohongan dan pemerdayaan terutama sekali yang membabitkan ayat-ayat al Quran sudah terlalu lama berlaku sehinggakan pada suatu ketika, para pemimpin PAS tanpa ragu-ragu mengamalkan budaya takfir terutama terhadap pemimpin dan ahli-ahli UMNO.

Sudah tentulah gelagat dan tindakan itu amat kena dengan kehendak Syiah.Dan sekarang, apabila diberitakan bahawa PAS diserapi dan menjadi sarang puak Syiah, Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dengan tegas menolak kenyataan tersebut. Bahkan dengan bangga memberitahu, PAS akan memecat mana-mana ahli yang mengamalkan mazhab Syiah.

Temberang yang dilakukan oleh Tuan Ibrahim ibarat menepuk air ke muka sendiri. Bagaimana seorang Ketua Penerangan tidak boleh tahu tentang ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PAS yang berfahaman Syiah sedangkan buktinya begitu jelas dan nyata?

Barangkali kerana itulah, Syiah mengambil keputusan untuk ‘keluar’ dari Malaysia dan bersarang di selatan Thailand iaitu di Wilayah Satun. Dengan menggunakan modal sebanyak RM24 juta, Syiah sedang merancang untuk membina pusat pendidikan serta penyebaran Syiah di seluruh Semenanjung.

Wang yang nilainya begitu besar, dilihat mampu menarik perhatian umat Islam di Satun dan wilayah selatan Thailand yang sekarang ini sedang berhadapan dengan pergolakan politik dan pertumpahan darah.

Syiah memang bijak mengambil kesempatan. Asal ada peluang, mereka pasti akan menyusup. Selama berabad-abad, Syiah telah meracuni pemikiran dan kefahaman agama Islam. Selama berdekad-dekad juga, Sirah Nabawiyyah telah dipalsukan untuk memberikan cerminan negatif kepada Junjungan Mulia s.a.w sehinggakan hampir semua orang percaya bahawa Nabi s.a.w mengahwini Syaidatina Aisyah r.a, pada usia Ummul Mukiminin itu baru menginjak 6 tahun. Kisah-kisah palsu oleh Abu Ishak telah diterima secara terbuka oleh umat Islam sebagai sejarah Nabi.

Bahkan terlalu ramai yang mempercayai bahawa Syaidina Hussin r.a telah dibunuh oleh tentera Yazid bin Muawiyah di Karbala sedangkan catatan sejarah yang sama juga membuktikan bahawa Syaidina Hussin r.a telah dibunuh oleh kaum Syiah di Karbala sehingga kepala cucunda Rasulullah s.a.w itu dipenggal.

Bayangkanlah apabila puak Syiah mempunyai markas terbesar di Asia Tenggara di Satun… bayangkanlah kemusnahan yang bakal mereka lakukan, terutama apabila mereka mula terbabit secara langsung dengan pertumpahan darah di selatan Thailand dengan alasan, kononnya membantu umat Islam, padahal secara hakikatnya, Syiah tidak pernah membantu umat Islam, bahkan mereka membantu Zionis dan Yahudi untuk membunuh umat Islam sepertimana yang berlaku di Syria dan beberapa negara Timur Tengah yang lain.

By 

1 comment:

  1. Sebab itulah keganasan semakin menjadi-jadi di Selatan Thailand. Yang banyak mati dibunuh 'puak pemberontak' adalah di kalangan guru-guru agama, pelajar-pelajar pondok dan di kalangan umat islam pattani yang berfahaman ahli sunnah wal jammah.

    Adakah ini kebetulan atau konspirasi?

    Cegah sebelum parah!

    ReplyDelete