Thursday 27 September 2012

RIBUT di Baling, Kedah : Hampir 50 buah rmah alami kerosakan


BALING - Lebih 50 buah rumah di beberapa kawasan perumahan dan kampung di daerah Baling rosak teruk akibat dilanda ribut yang berlaku, pada pukul 1.30 petang tadi.
Antara kawasan terlibat ialah 15 buah rumah di kawasan perumahan Taman Batu Pekaka dan lebih 20 buah rumah, di Taman Seri Gading Kuala Ketil di sini.
Turut dilanda ribut itu, lebih 20 rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayu dan DUN Kupang antaranya, di kampung Rambong Batu 7, Sekolah Dalam Wang dan Becah Tok Bulan dengan kebanyakannya rosak teruk di bahagian bumbung.
Seorang mangsa ribut, Esah Ismail, 57, dari kampung Sekolah Dalam Wang berkata kejadian berlaku ketika beliau sedang meninjau lantai yang basah di tingkat atas sebelum tiba-tiba ribut kuat menerbangkan bumbung rumahnya.
"Saya menjerit kuat bila ribut menerbangkan bumbung rumah dan menjatuhkan bumbung itu tidak jauh dari rumah kami," katanya di sini hari ini.

Menurut Esah, ketika kejadian beliau tinggal bersama seorang anak dan tiga orang cucu dan bersyukur kerana tiada yang cedera.

Seorang lagi mangsa ribut di Kuala ketil, Ibrahim Saud, 44, memberitahu semua bumbung dan pelbagai perkakas eletrik dalam rumahnya rosak kerana ditimpa hujan lebat ketika ribut berlaku.
Sementara itu, Penyelaras DUN Kuala Ketil, Khairul Azhar Abdullah dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Datuk Azmi Che Husain ketika ditemui Bernama berkata, pihak mereka sedang membuat bancian kerosakan akibat bencana ribut itu. - Bernama



1 comment: