Jumaat, 30 November 2012

kurang Bukti : Warga UK Yang Menumbuk Pelajar Malaysia Bebas! (6 Gambar)



John Kassongs Kafunda ( 23) dan  Reece Donovan (25) dua orang warga UK yang sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara kerana menumbuk Ashraf Rossli (21), seorang  pelajar Malaysia sehingga patah rahangnya hari ini dibebaskan kerana kekurangan bukti. Hukuman keatas John dan Reece ditarik semula selepas  rayuan mereka didengari di Mahkamah Wood Green Court semalam. Pada asalnya John dijatuhkan hukuman penjara empat tahun manakalan Reece pula menerima hukuman lima tahun.



Dalam kejadian yang berlaku Ogos 2011, Ashraf Rossli (21) ditumbuk di Jambatan Queen's Road ketika berlakunya  tunjuk perasaan besar-besaran di London. Selepas ditumbuk John dan Reece dikatakan mencuri beberapa barangan milik Ashraf dengan berlakon seperti mahu membantu pelajar Malaysia ini. Rakaman rompakan tersebar diYoutube dan ditonton jutaan orang. John dan Reece menjadi suspek utama polis selepas mereka menerima maklumat dari orang ramai. Dalam sebutan rayuan semalam pihak peguambela berjaya meyakinkan mahkamah bahawa video yang diambil TIDAK MAMPU membuktikan anak guam mereka yang merompak Ashraf. Resolusi videoterlalu rendah untuk membuktikan 100% memang John dan Reese adalah pesalah yang merompak. Oleh sebab itu mereka dibebaskan dari penjara pada kadar segera. Pihak peguambela juga mengatakan maklumat yang diterima oleh polis dari individu yang tidak dikenali adalah kurang kuat untuk menjatuhkan hukuman. Ianya mungkin tindakkan mereka yang mempunyai motif dendam terhadap John dan Reece.





Apakah reaksi anda terhadap pembebasan dua orang suspek ini? Adakah alasan peguambela boleh diterima? Kami menonton video ini beberapa kali dan kami rasa memang sukar untuk memastikan dua orang perompak ini ialah Jogn Kafunda dan Reece Donovan. Malang bagi Ashraf Rossli, muka dan pecah dan suspek yang bertanggung jawab tidak dapat ditemui, disahkan dan dipenjarakan.


Pejuang UMNO dari Perak meninggal dunia di hadapan Hotel seri Pacific #pau2012


Seorang pemerhati Perhimpunan Agung UMNO 2012, meninggal dunia selepas mendengar Perbahasan usul pada hari kedua di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada jam 6.00 petang.  



Ahmad Hariri Bin Othman, yang berasal dari Kampung Pinang, Kemuntin Perak, pada mulanya jatuh pengsang di Hadapan hentian Bas, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur. Ketika menunggu kenderaan untuk pulang ke bilik penginapan.


orang awam kemudian, menghubungi Hospital Kuala Lumpur yang menghantar sebuah ambulans dan pegawai perubatan mengesahkan Ahmad Hariri telah pun meninggal dunia.

Sementara itu, semasa pembahasan usul di perhimpunan agung berkenaan, Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Badruddin Amiruldin memaklumkan kepada para perwakilan mengenai kematian Wan Othman dan perwakilan ke perhimpunan itu menyedekahkan Al-Fatihah kepada roh Allahyarham.

Budaya Pelik Menghancurkan Mayat dibiarkan dimakan Burung


Terlihat dalam salah satu gambar bagaimana jasad tidak berdaya tersebut di hancurkan dengan tukul, mungkin untuk lebih memudahkan bagi burung nazar dalam memangsa jasad tersebut. Terlihat juga dalam foto-foto ini bagaimana mayat ini disayat hingga kelihatan seperti layaknya binatang yang disembelih dan siap dipotong-potong.


Bagaimanapun jasad tersebut sudah tida lagi berguna, namun menuurut umumnya manusia mereka tetaplah harus dihormati sebagai ujud penghargaan terhadap dirinya ketika masih hidup. Dalam pandangan agama Islam mahupun Kristian penghormatan terhadap jenazah adalah wajib untuk dilakukan dengan tetap menghormatinya seperti halnya ketika mereka masih hidup walaupun dengan perlakuan yang berbeza tentunya.



Namun demikian adat istiadat atau ajaran agama tertentu mempunyai cara lain dalam menghormati jenazah, ada yang dibakar, dibuang ke laut atau sungai ada juga yang di berikan kepada binatang agar di makan seperti halnya ritual di Tibet ini.



Sebagai manusia menghormati sesama manusia baik ketika masih hidup atau sudah meninggal adalah sesuatu yang perlu dilakukan dengan tetap memulyakan dan menghormatinya, sedangkan caranya masing-masing orang mempunyai cara yang berbeza bergantung kepada keyakinan mana yang diikutinya. Tuhan telah memilihkan keyakinan yang terbaik untuk umatnya.








sumber : Cerita Apakah??

Jasad Arafat Diangkat Dari Kubur Untuk Ambil Sampel.



Setelah hampir 8 tahun sejak kematian Yasser Arafat, bekas Ketua Pejuang Pembebasan Rakyat Palestin (PLO) yang juga bekas Perdana Menteri Palestin, hari ini makamnya telah mula digali semula bagi mendapatkan sampel bahan bukti yang mengatakan beliau mati akibat dibunuh dengan menggunakan racun..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..


RAMALLAH - Pasukan penyelidik telah mula mengambil sampel dari tubuh mantan pemimpin Palestin Yasser Arafat, lapan tahun setelah kematiannya. Mereka ingin mencari kepastian sama ada memang benar Yasser Arafat wafat kerana diracun atau sebaliknya.

Proses mengangkat jenazah Arafat dilakukan secara tertutup dan makam juga pun ditutup dari pandangan awam serta pihak media. Walaubagaimanapun, pihak Palestin memberi kepastian bahawa sejumlah 20 sampel sudah diambil dari jenazah Arafat.

"Pada pukul 5:30 pagi (Selasa 27 November waktu tempatan), para penyelidik mula memindahkan batu dan membuka makam tersebut dengan cara yang teratur," keterangan pihak Palestin, seperti yang dikutip AFP, Rabu (28/11/2012).

Menurut sumber dari Palestin itu, hanya doktor dari Palestin yang dibenarkan untuk menyentuh secara langsung sisa-sisa tubuh Arafat dan mengambil sampelnya dan proses tersebut perlu dilakukan di depan para penyelidik yang berasal dari Switzerland, Rusia dan Perancis.

Sebelum ini, pihak Palestin merancang untuk melakukan upacara istiadat ketenteraan untuk menguburkan kembali jasad Arafat. Tetapi pada akhirnya upacara itu tidak dilakukan, kerana sampel-sampel itu diambil terus dari tubuh Arafat, tanpa memindahkannya dari liang kubur.

"Sampel diambil dari tubuh Arafat di dalam kubur dan sampel itu telah dipindahkan ke masjid," lanjut keterangan pihak Palestin.

Ketua penyelidik kematian Arafat, Tawfiq Tirawi mengatakan, keputusan untuk mengambil sampel tubuh Arafat di dalam kuburnya merupakan keputusan bersama dari para ahli penyelidik yang lain. Sampel-sampel ini akan diuji kandungan radioaktifnya, kerana khuatir Arafat  telah diracun dengan zat polonium yang berbahaya.

Perancis mencadangkan penyelidikan ke atas kematian Arafat pada Ogos lalu, atas permintaan isteri Arafat, Suha. Permintaan ini tidak terlepas daripada sifat curiga kerana Arafat wafat ketika dirawat oleh pasukan doktor di Perancis pada 2004 yang lalu.(faj)

Video:



Allhamdulilah @Khalid_Ibrahim sudah mula bersuara "isu air" percuma. #Selangorku


Jika PR tidak diberikan mandat untuk memerintah Selangor selepas PRU-13, semua kenyataan itu bakal tinggal hanya sebagai omongan kosong. Air pecuma bak dicurahkan ke longkang.


Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kemudian mencabar rakyat Selangor supaya menyaman beliau jika tidak mendapat bekalan air percuma.





Dalam PRU-12, negeri Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, PR. Ramai antara penduduk negeri itu bertepuk-sorak kegembiraan kerana diperintah oleh kerajaan negeri diterajui oleh pemimpin parti pembangkang. 


Namun kegembiraan itu tidak kekal lama.

Janji membekalkan subsidi 20 meter padu air percuma setiap bulan kepada SEMUA rakyat negeri Selangor, seperti dicatatkan dalam manifesto 2008 belum ditunaikan sepenuhnya.

sumber : Mazidul

Remaja Melayu semakin Melampau

Kerajaan PAS di kedah perlu memantau kegiatan remaja di pusat-pusat membeli belah,  jangan hanya pandai mencipta pelbagai dasar serta slogan sehinggakan mengabaikan serta tiada pelaksanaan. Begitu banyak sloglan serta ayat-ayat manis "kejayaan" sedangkan itulah hanya gula-gula Politik.
Aksi Panas Remaja Keterlaluan
Remaja Melayu aksi Keterlaluan - SUNGAI PETANI : Tindakan melampau sesetengah remaja melakukan aksi panas di sebuah pusat membeli-belah di pusat bandar Sungai Petani bukan sahaja dianggap keterlaluan, malah kelihatan bersahaja walaupun ditegur di hadapan khalayak.
Remaja termasuk mereka di bawah umur dikatakan berkunjung ke pusat membeli-belah itu kerana turut dilengkapi dengan kemudahan pusat karaoke, pusat permainan video dan permainan boling di tingkat atas premis berkenaan.
tingkat atas terbabit semata-mata untuk melakukan perbuatan tidak bermoral bersama pasangan.
Penyewa premis, Rashid Amin, 40, berkata, kebanyakan pasangan remaja masih di bawah umur berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan, ada yang duduk meriba antara satu sama lain dan bersentuhan antara satu sama lain di bahagian anggota badan.
“Pernah juga dilihat berpelukan dan bercumbuan tetapi apabila ditegur mereka tidak menghiraukan orang di sekeliling,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan pemerhatian, lokasi pusat membeli-belah berkenaan sudah menjadi sasaran sesetengah remaja untuk melakukan maksiat.
Sementara itu, Roslan Md Ani, 37, berkata, pergaulan bebas di kawasan itu turut terjadi kepada pasangan sejenis yang tanpa segan silu melakukan aksi kurang sopan bersama pasangan masing-masing.
“Tidak terkecuali mereka yang membawa teman ketika berasmara tujuannya memastikan keadaan terkawal.
“Apabila pasangan sedang berdua-duaan, seorang lagi rakan mereka berada tidak jauh dari lokasi pertemuan, dengan tujuan memberi laporan sekiranya kawasan didatangi pengawal keselamatan atau penguat kuasa,” katanya.
Malik Mohd, 35, berkata, tindakan remaja yang berpelesiran di premis itu mencerminkan pergaulan bebas yang semakin membimbangkan._Sinarharian

Pemerhati UMNO Meninggal Sebelum Sempat Mendengar Amanat @NajibRazak #pau2012



KUALA LUMPUR: Seorang pemerhati Umno dari Padang Besar, Perlis tidak berkesempatan mendengar amanat Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung Umno di sini, Khamis apabila meninggal dunia secara mengejut kerana sakit tua.
Wan Othman Yaakob, 60, Anggota Jawatankuasa Umno bahagian Padang Besar yang berasal dari Kampung Alor Tampang, Jalan Bukit Keteri, Perlis, mengadu sesak nafas di lobi hotel penginapannya di Jalan Raja Laut pada pukul 6.30 pagi.
Allahyarham kemudian dibawa ke biliknya oleh rakannya sebelum rebah dan meninggal dunia, kata jurucakap hotel itu kepada Bernama.
Beliau berkata pihaknya kemudian menghubungi Hospital Kuala Lumpur yangmenghantar sebuah ambulans dan pegawai perubatan mengesahkan Wan Othman telahpunmeninggal dunia.
Katanya Wan Othman dilaporkan sedang bersiap sedia untuk ke Pusat DaganganDunia Putra bagi mengikuti majlis perasmian perhimpunan itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad mengesahkanmenerima laporan mengenai kematian Wan Othman pada pukul 7.45 pagi.
Beliau berkata anggota perubatan HKL mengesahkan Wan Othman meninggal duniaakibat sakit tua, dan jenazahnya dibawa pulang ke Perlis oleh keluarganya untukdikebumikan.
Sementara itu, semasa majlis perasmian perhimpunan agung berkenaan, Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Badruddin Amiruldin memaklumkan kepada para perwakilan mengenai kematian Wan Othman dan perwakilan ke perhimpunan itu menyedekahkan Al-Fatihah kepada roh Allahyarham. BERNAMA
P/s :. Dengan seluruh tekad dan keringat. Seluruh jiwa dan raga kita. Hanya untuk parti. Kita akan terus percaya di saat sakit, jerih dan perih, puteri berdiri bukan kerana takdir, tetapi kerana seruan juang pada agama bangsa dan negara. Hingga sekiranya ditanya. Sebagai pejuang, sanggupkah kita membayar perjuangan dengan nyawa kita sendiri? Katakan bahawa kita sanggup. Katakan kita mahu, kita mampu, kitalah pejuang-pejuang itu!
  

Khamis, 29 November 2012

Panas !!! Wanita berse***buh dengan rangka manusia

Banyak lagi cara yang lebih masuk akal bagi memuaskan nafsu seksual berbanding dengan apa yang dibuat oleh wanita ini..Akibat nafsu yang memuncak, dia sanggup menjadikan satu rangka manusia sebagai alat pemuas nafsunya..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..

Seorang wanita berusia 37 tahun dari Gothenburg, Sweeden kini ditahan pihak berkuasa negara itu kerana disyaki melakukan hubungan seks dengan rangka manusia. Siasatan polis menunjukkan dia menggunakan 100 tulang manusia, termasuk enam tengkorak dan satu tulang belakang, untuk menjalankan aktiviti seksnya. 
Menurut laporan agensi berita Sweeden, TT, pihak polis telah menjumpai beberapa buah cakera padat (CD) yang bertajuk ‘My Necrophilia’ dan ‘My first experience’ serta beberapa keping gambar wanita itu bersama dengan tengkorak-tengkoraknya. Wanita tersebut telah didakwa di Makhamah Daerah Gothenburg semalam.
Bagaimanapun, dia telah menafikan segala pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dengan alasan bahawa dia bertindak mengumpul tulang-tulang tersebut sebagai ‘koleksi sejarah’ semata-mata.
Siasatan menunjukkan wanita tersebut pernah menulis dalam forum internet beberapa tahun lalu bahawa; 

”Moral saya hanya menghadkan apa yang saya ingin lakukan, justeru saya akan terima apa sahaja yang akan dikenakan terhadap saya.” 

Beberapa keping gambar yang diambil dari bilik mayat turut ditemui di rumah wanita tersebut disamping beg-beg membungkus mayat dan juga sebuah mesin gerudi. Namun, pihak polis masih tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan bahawa dia telah menggali mana-mana kubur untuk mendapatkan ‘koleksi sejarahnya’ itu. 

Sabit kesalahan, dia boleh dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun jika didapati bersalah.

”Terdapat beberapa keping gambar menunjukkan wanita tersebut sedang menjilat tengkorak,” kata pihak pendakwa, Kristina Ehrenborg-Staffas kepada akhbar The Local di Sweeden.

“Kami dapati bahawa wanita itu adalah wanita yang sama seperti dalam gambar-gambar berkenaan, namun wanita tersebut mendakwa bahawa itu bukanlah gambarnya. 
”Sebaliknya dia mendakwa memperoleh gambar-gambar itu menerusi internet.”







Sumber: Ilustrasiku.com

Kumpulan "R" kalau anda anak jantan sila lihat Video ini @Armand_PJU #pau2012

Semalam KK mengeluarkan kisah berkenaan dengan Puak-puak haram cuba menyerang PWTC. deKat sini [VIDEO] detik cemas bila Kumpulan "R" hilang telur.

apabila puak-puak khawarij "R" cuba mengcemar Perhimpunan agung UMNO 2012. Puak-puak yang di dalangi oleh "PAKATAN HARAM" ni memang sengaja nak mencabar UMNO.

Akhirnya niat buruk mereka berjaya dipatahkan oleh saudara Armand..



Ibu Terkejut Anak Hamil Angkara Bapa Tiri


Ibu Terkejut Anak Hamil Angkara Bapa Tiri - KENINGAU : Seorang ibu yang curiga melihat anak gadisnya berusia 14 tahun gemar memakan benda masam selain perubahan saiz tubuhnya hampir pitam apabila dimaklumkan anaknya disahkan mengandung dua bulan selepas pemeriksaan di klinik kesihatan, di sini, kelmarin.

14 tahun dirogol ayah
Lebih mengejutkan, gadis terbabit mendakwa kandungannya adalah hasil benih bapa tiri, yang juga suami ibunya.
Difahamkan, ibu mangsa mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku berikutan perubahan tubuh mangsa, terutama perutnya yang semakin membesar, selain gemar memakan asam.Difahamkan, remaja terbabit menjadi mangsa rogol lelaki terbabit setiap kali ibudan kakaknya tiada di rumah kerana keluar bekerja.
Curiga dengan perubahan itu, ibu mangsa membawa anaknya menjalani pemeriksaan di klinik dan doktor mengesahkan gadis terbabit berbadan dua.
Terkejut dengan perkara itu, ibu mangsa mendesak anaknya menceritakan apa berlaku sebelum mangsa mengaku dirogol bapa tirinya sebanyak dua kali pada Jun dan Julai lalu.
Mangsa juga mendakwa diugut supaya merahsiakan kejadian itu daripada ahli keluarga lain.
Ibu mangsa yang berang kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau.
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamed berkata, kejadian dipercayai berlaku di rumah mangsa di Kampung Kepayan Lama, Jalan Apin-Apin, sekitar Jun lalu.
“Mangsa dipaksa bapa tirinya melakukan hubungan seks ketika isteri dan kakak mangsa tiada di rumah.
“Mangsa juga diugut akan dicederakan jika menceritakan perkara itu kepada orang lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Zahari berkata, berdasarkan laporan dibuat ibu mangsa, polis menjalankan gerakan memburu dan suspek berjaya ditahan di rumahnya.
“Suspek kini direman bagi membantu siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.
Zahari berkata, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. 
Read more: ceritaapakah

[VIDEO] Tun Dr Mahathir Ulas Ucapan Dasar Presiden UMNO @NajibRazak #pau2012



Majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012 .Perhimpunan agung kali ini, yang berlangsung selama lima hari, bermula Selasa lepas dengan Perhimpunan Agung ketiga-tiga sayap parti itu melibatkan 2,973 perwakilan dari semua bahagian Umno seluruh negara.

Perhimpunan Agung Umno 2012 Tampak Lebih Kuat Dan Bersemangat - Tun Mahathir

Mantan Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) memerhatikan isterinya Tun Siti Hasmah Mohd Ali berbual dengan isteri Presiden Umno Datin Seri Rosmah Mansor ketika menghadiri perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Khamis. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Perhimpunan Umno 2012 sebagai lebih kuat dan bersemangat, tanda semua perwakilan serta Umno secara keseluruhannya telah siap sedia untuk 'berperang' menghadapi pilihan raya umum ke-13.
"Saya kagum dengan semua perwakilan yang hadir pada perhimpunan kali ini apabila kesemuanya nampak lebih bersemangat, lebih-lebih lagi ketika presiden parti (Datuk Seri Najib Tun Razak) berucap.
"Saya nampak semangat pada perhimpunan kali ini lebih kuat... bahkan lebih kuat daripada perhimpunan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Khamis.
Dr Mahathir yang kelihatan segak dengan berbaju Melayu jingga, menyifatkan ucapan perasmian Najib pada tahun ini sebagai satu ucapan yang hebat.
"Beliau (Najib) telah menjawab segala tomahan, tuduhan dan fitnah yang selama ini dilontarkan oleh parti-parti pembangkang terhadap Umno," katanya. - BERNAMA

Kenapa @azeezputera selalu buat Hal di saat-saat genting !!! #PAU2012

Itulah hakikat yang kita perlu terima,  Ramai di antara kita cuba melakukan sesuatu dengan betul, tetapi kadangkala dalam usaha kita itu tanpa kita sedari sehingga ramai ramai yang menyokong usaha yang bakal diterjemah oleh Dato Azeez Rahim.

Gaza

KP1M LANCAR "ROAD TO GAZA" !! TERBAIK DARI UMNO !!!
Kuala Lumpur 28 November- Hari ini Kelab Putera 1 Malaysia telah mengadakan satu Majlis Pelancaran "Road To Gaza : Human Mission" di PWTC dan pelancaran tersebut telah di sempurnakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan selepas mendapat persetujuan dari Perdana Menteri Malaysia, YAB DS Najib Razak bagi membantu Rakyat Palestin yang di tindas Rejim Israel untuk menghadapi musim sejuk yang bakal tiba di Palestin.




Dalam sidang media tersebut, Dato Azeez Rahim menyatakan misi yang di lakukan Kelab Putera 1 Malaysia akan membawa bekalan bantuan kepada rakyat Gaza di dalam menghadapi suasana musim sejuk seperti selimut, bahan makanan yang akan di beli di Mesir serta Gaza dan ubat-ubatan yang telah di beli di Malaysia.




Menurut Dato' Azeez Rahim Sebanyak USD 150 ribu telah di belanjakan Kelab Putera 1 Malaysia untuk membeli ubat-ubatan di Malaysia.

Selain dari membawa bekalan bantuan kepada penduduk di Gaza, Dato Azeez Rahim melalui Kelab Putera 1 Malaysia juga akan membawa sebanyak 30 doktor sukarelawan di dalam misi kemanusiaan tersebut bagi membantu Kelab Putera 1 Malaysia memberi bantuan kepada penduduk Gaza yang memerlukan bantuan.

Dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza kali yang ke 2 ini , satu badan NGO, Gerakan Belia 1 Malaysia juga akan turut tampil bersama Kelab Putera 1 Malaysia di dalam menyampaikan misi kemanusian di Gaza, Palestin.

Menurut Presiden Gerakan Belia 1 Malaysia, Shahrul Nasrun Dato' Kamarudin, badan NGO terbabit akan bawa bersama 5 orang doktor sukarelawan bagi membantu Kelab Putera 1 Malaysia di Gaza dalam misi tersebut.

Bagi misi kemanusiaan kali ini, Duta Mesir ke Malaysia dan Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush juga akan memberi kerjasama bagi membantu memudahkan perjalanan misi kemanusiaan tersebut.

P/S: KK ucapkan tahniah. semoga usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam membantu mereka yang memerlukan.



[Video] upacara menaikkan bendera pada Perhimpunan Agung Umno #pau2012





Datuk Seri Najib Tun Razak semasa upacara menaikkan bendera pada Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Khamis. Kelihatan juga Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Rauf Yusoh




Gempar !! Salun "unisex" di kelantan ramai yang terpesona.



Sudah 11 kali disaman oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).Di bawah Seksyen 107 (2) Akta Majlis Undang-Undang Tempatan seseorang wanita termasuk bukan Islam dilarang memotong rambut seorang lelaki ataupun sebaliknya tanpa mengira agama.Setiap kali disaman atas kesalahan tersebut,Ong perlu menyelesaikan saman bernilai RM200 hingga RM350.11 kali disaman bermakna pemilik salon itu sudah kerugian diantara RM2000 hingga RM3000.Bukan sedikit jumlahnya apabila diambil kira sewa kedai yang perlu dibayar saban bulan.
Isu Salun: Kerajaan PAS Kelantan Akan Runding Dengan Dua Pertubuhan Cina

KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan akan berunding dengan dua pertubuhan Cina di negeri ini pada Khamis bagi mencari penyelesaian berhubung kontroversi kedai gunting rambut yang disaman Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) kerana didakwa melanggar syarat lesen.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, beliau diberikan mandat untuk mewakili kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu itu.
Katanya, beliau dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri, Datuk Mohd Fadzli Hassan akan mengadakan perbincangan itu di Kompleks Kota Darulnaim di sini pada Khamis.
Dua wakil pertubuhan yang akan menyertai perbincangan dengan kerajaan negeri itu, ialah Pengerusi Gabungan Pertubuhan Tiong Hua Kelantan, Oie Poh Choon dan Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Kelantan, Goh Tee Chew, katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Kota Darulnaim, di sini Rabu. Beliau mengulas mengenai tindakan susulan kerajaan negeri berhubung tindakan MPKB-BRI yang menyaman pemilik salun kerana menggunakan pekerja wanita untuk menggunting rambut pelanggan lelaki walaupun kedua-duanya bukan beragama Islam.
Seorang pengusaha salun dilaporkan disaman lebih 10 kali kerana membenarkan pekerja wanitanya menggunting rambut pelanggan lelaki termasuk bukan Islam.
Tindakan itu menimbulkan kontroversi apabila Pengerusi DAP Karpal Singh dilaporkan menggesa kerajaan PAS Kelantan supaya menjelaskan perkara sebenar mengenai tindakan perundangan Islam yang dikenakan kepada bukan Islam di negeri ini.
Karpal, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor, menegaskan orang bukan Islam di Kelantan yang dikenakan tindakan saman berdasarkan undang-undang Islam, boleh mencabar saman terbabit di mahkamah.
Takiyuddin dalam kenyataan akhbar sebelum ini dilaporkan berkata setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan PAS Kelantan adalah selari dengan peruntukan Perlembagaan dan demi kebaikan semua. - BERNAMA

P/S : Demi kerana nak jaga hati serta hendakan undi kaum cina, Poknik terpaksa ubah hukum "HUDUD ala PAS" lah... Pok nik, Aku doakan kau sihat serta pulih dari "kejutan" doa adinda kau...

Gara-gara restu doa hancurkan UMNO Nik Aziz Dimasukkan Ke ICU


inilah mungkin salah satu akibat serta balasan Allah S.W.T terhadap mereka yang busuk hati serta  mendoakan kehancuran dan kemusnahan orang lain. Nik Razi yang membacakan doa [Klik disini] adik kepada Nik Aziz. Selepas itu dari peristiwa Nik Aziz pula bertindak menpertahankan  apa yang telah di lakukan oleh adiknya, serta menuduh UMNO telah murtad.

Berlainan pula UMNO yang sering membantu serta mendoakan kesejahteraan Rakyat Malaysia. Adakah doa Timbalan Presiden UMNO itu terlalu mustajab sehingga menyentuh perasaan Nik Aziz dan menyebabkan dirinya diserang sakit jantung?

Mudah- mudahan Nik Aziz akan cepat sembuh dan dapat bermuhasabah diri bagi menyatukan semula melayu, amin..


petikan doa Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah ini:

Doa Muhyiddin:"Ya Allah Ya Tuhan Kami, Terimalah doa kesejahteraan buat sekalian kami, Jauhkanlah hati kami daripada menjahanamkan sesama sendiri, Kembalikanlah mereka yang tersasar ke jalanMu yang diredhai.


"Ya Allah, Bimbinglah kami di jalan yang lurus, Redhakanlah jalan perjuangan kami, Tetapkanlah kami di jalanMu Ya Allah".
p/s : Moga ada dikalangan ahli PAS serta seluruh rakyat Malaysia mengambil iktibar serta tauladan pa yang terjadi. sesungguhnya yang baik itu datang dari-NYA serta yang buruk dari kitan




Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah