Ahad, 10 Februari 2013

Welcome !! #PSY Tiba Di Pulau Pinang Awal Pagi Isnin. #CNY2013


GEORGE TOWN: Penyanyi K-Pop sensasi dari Korea Selatan, Psy dijangka tiba di Pulau Pinang awal pagi Isnin iaitu beberapa jam sebelum dia dijadualkan membuat persembahan pada majlis rumah terbuka Barisan Nasional (BN) di sini.

Psr atau Park Jae-sang yang popular dengan fenomena Gangnam Style dijangka menghiburkan kira-kira 80,000 tetamu pada pukul 11.45 pagi Isnin di di padang Sekolah Tinggi Han Chiang.

Pengerusi Penganjur, Oh Tong Keong yang juga Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang berkata, beliau tidak pasti mengenai waktu ketibaan Psy namun memaklumkan bahawa penyanyi itu meminta pengawal keselamatan untuk mengiringinya ke lokasi persembahan.

Psy sebelum ini berada di Salvador, Brazil bagi acara parti jalanan terbesar dunia selama dua hari bermula 8 hingga 10 Februari.

Bagaimanapun sekitar 10 pagi Ahad (waktu Malaysia), Psy menulis mesej di laman twitter mengatakan dia akan meninggalkan Brazil namun tidak menyatakan lokasi yang akan ditujuinya.

Mstar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah