"Cina di dahulukan,India di Tatang, Melayu di
pinggirkan. Kerajaan takut kalau cina atau india kena tangkap, lawyer akan mai,
persatuan.pertubuhan dan macam lagi akan membela mereka, kalau melayu peduli
apa,siapa pun tak bela, kena denda atau di penjara. Kerajaan yang adil????
memang sedih tegok keadaan orang melayu
sekarang ini ... semua orang tak ambil peduli ... pemimpin , ulama, polis, ...
dalam kes pukul cina ni .. polis sanggup buru sampai kelubang cacing ... jadi banduan pun boleh dapat ratus-ratus
ribu... hai apa la nasib orang melayu ini ... Mana pii habis orang yang
bercakap berdegar-degar nak bantu orang melayu ... habis cabut lari ka?"
Kat atas tu... adalah komen pembaca yang KK petik dari Blog Kedah ke KL berhubung geng melayu pukul cina, kes culik dan membogelkan seorang penjaga
kaunter kafe siber di sebuah restoran di Taman Sri Muda, Shah Alam, semalam,
adalah tindak balas pihak tertentu terhadap pasangan kontroversi, Alvin Tan,
25, dan Vivian Lee, 24, yang mempersendakan Ramadan dan umat Islam di negara
ini.
Utusan
Malaysia
SHAH ALAM 22 Julai - Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menculik penganggur, Ng Mun Tatt bagi mendapatkan wang tebusan RM3,000 di sebuah restoran di Taman Sri Muda di sini minggu lalu.

Mohamad Asri Mohamad Jamil, 22, Mohd. Mazli Sazeli, 26,
Zulkarnain Abdul Rahman, 29, dan Agus Hariyanto Mahmod Hosen, 27, mengangguk
faham setelah pertuduhan dibacakan kepada mereka oleh jurubahasa di hadapan
Majistret Nurul Syahida Zainal.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh.
Mereka bakal menghadapi hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati boleh dikenakan sebatan setelah didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Berdasarkan pertuduhan, keempat-empat lelaki itu didakwa bersama dua lagi yang masih bebas dengan niat bersama telah menahan Mun Tatt, 21, dengan maksud untuk mendapatkan wang tebusan RM3,000.
Mohamad Asri yang bekerja sebagai juruteknik; Mohd. Mazli, jurulatih tomoi; Zulkarnain, penyelenggara bangunan, dan Agus Hariyanto yang berniaga didakwa melakukan perbuatan itu di Restoran Muneer, No. 1 Jalan Merdu 25/119 Seksyen 25, Taman Sri Muda di sini kira-kira pukul 4.30 pagi, 15 Julai lalu.
Pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rohaida Che Hamid manakala kesemua tertuduh diwakili peguam-peguam Ridha Abdah Subri dan Shaharudin Ali.
Pada prosiding hari ini, Siti Rohaida memohon tempoh sebulan untuk tarikh sebutan bagi mendapatkan arahan lanjut Jabatan Peguam Negara.
Namun Ridha Abdah membantah dan memohon tarikh itu dipercepatkan dengan alasan kes berkenaan melibatkan kepentingan awam dan siasatan telah selesai seterusnya membolehkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Nurul Syahida menetapkan 16 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Sebelum itu, Shaharudin memohon mahkamah membenarkan seorang pegawai perubatan kerajaan melakukan pemeriksaan perubatan terhadap kesemua tertuduh.
Katanya, beliau telah mendapat arahan itu daripada keluarga para tertuduh berkenaan namun Nurul Syahida hanya membenarkan tertuduh kedua dan keempat menerima rawatan itu setelah mereka berdua mengaku mengalami kecederaan.
Sementara itu, keempat-empat tertuduh sempat melaungkan takbir sebelum dibawa keluar anggota polis dari mahkamah tersebut.
Mereka ditahan pada 16 Julai lalu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Ampang dan Kampung Medan, Petaling Jaya, sehari selepas kejadian tersebut.
Menurut laporan akhbar, kejadian culik itu dikaitkan dengan pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang didakwa memuat naik gambar dengan komen Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh...wangi, enak, menyelerakan!) mengandungi logo halal dalam laman Facebook mereka iaitu "Alvin and Vivian-Alvivi" di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers.
Ketika kejadian Mun Tatt sedang makan bersama teman wanitanya di sebuah restoran di Taman Seri Muda sebelum diculik sekumpulan lelaki menaiki sebuah kereta Toyota Alphard.
KK : itulah Malaysia.. mgkin akan berlaku sesuatu yg diluar jangka

No comments:
Post a Comment