Selepas beberapa isu yang ditimbulkan oleh Abby Abadi sebelum ini mengenai penglibatannya dalam politik, banyak respon-respon samada negatif ataupun positif yang telah diberikan dari pelbagai pihak.
Namun begitu, pertemuan dengan Zul Ariffin yang juga bekas kekasih Abby Abadi telah memberikan sedikit gambaran mengenai sikap Abby yang mungkin kita belum kenali.
Menurut Zul, dia memang mengenali Abby sebagai seorang yang lantang bersuara. Ditanya apakah pendapatnya tentang isu yang sedang berlaku sekarang, Zul hanya mengambil langkah neutral dan tidak mahu melibatkan diri dalam isu ini.
Tindakan itu agak melampau. Tapi saya memang mengenali Abby sebagai seorang yang lantang bersuara. Jika pilihan itu yang dia mahukan, baguslah.
“Saya sememangnya tidak mahu terlibat dengan apa-apa perkara dan isu yang berlaku sekarang tidak ada kena mengena dengan saya.”
Zul turut tidak menolak bahawa namanya semakin dikenali selepas dia bersama dan berpisah dengan Abby.
“Saya boleh terima jika orang mengatakan bahawa saya semakin dikenali selepas bersama Abby. Namun disebalik itu, saya pun ada juga bekerja keras untuk diri sendiri,” ujar Zul lagi.
Dalam pada itu, Zul sekarang sedang menunggu untuk ditawarkan sebuah filem ‘martial art’, namun masih belum dapat dipastikan tajuknya. -OhBulan
No comments:
Post a Comment