Thursday 23 August 2012

Kenari Gagal Lagi_sapa plak ???? Lagi yang nak bertanggungjawab Lepas ni...

KEPUTUSAN SAINGAN PIALA MALAYSIA 2012.

PASUKAN pilihan Terengganu, Sarawak, Pahang dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memulakan saingan Piala Malaysia dengan langkah kanan apabila berjaya mengutip tiga mata penuh pada perlawanan malam ini.

Pertembungan dua jaguh dari pantai timur menyaksikan Terengganu menewaskan musuh tradisi, Kelantan 2-0 dalam saingan pembukaan kumpulan B di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Bermain di hadapan 20,000 penyokong sendiri, skuad Penyu, finalis Piala Malaysia musim lepas, jelas mempamerkan aksi bertenaga apabila terlebih dahulu
menyumbat gol menerusi pemain import dari Liberia Francis Forkey Doe seawal minit ketiga selepas menanduk masuk bola di luar kotak penalti hasil sepakan
percuma oleh Ismail Faruqi.

Selepas rehat, 'The Red Warriors' terus tertekan apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Mohd Daud Su Jamaluddin dilayangkan kad merah setelah mengasari pemain pertahanan Terengganu, Mohd Muslim Ahmad pada minit ke-67.

Peluang tersebut tidak disia-siakan skuad kendalian Peter James Butler apabila menambah jaringan kedua hasil lorongan Forkey Doe kepada Joseph Kallang
Tie sebelum disudahkan oleh Ismail Faruqi seminit sebelum tamat perlawanan (min-89).

Sementara itu satu lagi perlawanan Kumpulan B, juara Liga Perdana musim ini, ATM menewaskan pasukan tuan rumah Kedah dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar dengan 2-0.

Gol-gol pasukan pelawat dihasilkan menerusi Reuben Thayaparan pada minit ke-20 dan Zaquan Adha Abdul Radzak menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-80 selepas pemain Kedah, Mohd Fazliata Taib mengasari Amiridzwan Taj dalam kawasan petak penalti Kedah.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang membuat kejutan dengan meraih kemenangan 3-2 ke atas pasukan kelab, T-Team dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D.

Pasukan tuan rumah meraih jaringan pertama menerusi Mohd Azamudin Akil pada minit ke-16 dan terus mengukuhkan kedudukan dengan jaringan Hafiz Kamal pada minit ke-51 dan Mohd Faizol Hussin pada minit ke-84, sementara dua gol T-Team telah dijaringkan oleh Nor Fazly Alias dan Zairo Anuar Zalani, masing-masing pada minit ke-64 dan 90.

Saingan dalam Kumpulan D juga menyaksikan Sarawak turut mengutip tiga mata penuh dengan kemenangan 2-1 menewaskan Selangor dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak.

Dalam saingan kumpulan C pula, juara bertahan Piala Malaysia edisi lepas, Negeri Sembilan dan Felda United berkongsi satu mata selepas terikat 1-1 pada
perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka, begitu juga dengan Sime Darby dan Perak yang turut seri 1-1 pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Situasi yang sama juga berlaku dalam saingan kumpulan A apabila Johor FC dan Lions XII masing-masing berkongsi satu mata selepas gagal menghasilkan sebarang jaringan dalam perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor.

Sementara di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya, Selangor PKNS dan Johor turut meraih satu mata selepas masing-masing terikat 1-1. – Bernama

KK_ Harap pihak Pengurusan KFA perlu sedar. 'Kalau tak dak angin tak kan Pokok bergoyang' Kembali kepada yang hak.....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. Puak Pas mana tau main Bola main pantat pandai la tak caya tanya mat sapu burit Mah!

    ReplyDelete