Saturday, 4 August 2012

LAGI ARTIS BERTUDUNG @fyda_ibrahim SEKOLAHKAN abby abadi bila bercakap soal "JANJI DI TEPATI" @najibRazak


Lain pula jadinya...sedang Seorang lagi artis yang baru mnyertai sebuah parti politik mempersoalkan dan mempersendakan apa yang kerajaan laksanakan melalui slogan "JANJI DITEPATI" dengan mengelarkan "janji di capati"...... melalui twitter... aku pun tak faham.... bagaimana dia menilai janji pakatan Rakyat selepas PRU 12... Air percuma... pun tak tertunai...... aduhai pakatan... abby abdi..
Lain pula bagi seorang Pelakon jelita berusia 26 tahun ini yang menyumbang kisahnya sempena kempen #MYsyg (My Sayang) untuk berkongsi inspirasi kebanggaan menjadi anak Malaysia, mengakui dia amat bersyukur tanah air tempat tumpah darahnya selamat didiami.


JIKA dibandingkan Malaysia dulu dan sekarang, ternyata memang banyak perubahan yang berlaku. Pun begitu, hanya satu yang tidak berubah iaitu perpaduan antara kaum dalam kehidupan masyarakat majmuk yang unik. Oleh itu, berlainan agama dan budaya, bukanlah satu halangan bagi rakyat negara ini untuk mengamalkan sikap bersatu padu dan hidup dalam keadaan aman tanpa peperangan. Itulah yang amat dibanggakan Rafidah Ibrahim.




SUMBER OLEH :GPB


Kerajaan sekarang amat ambil berat kebajikan rakyat.

 “Saya melihat, negara ini cukup aman dan rakyat hidup bersatu padu walaupun berbilang kaum. Itu yang membuatkan Fida berasa sangat gembira serta berterima kasih kepada Yang Maha Esa kerana menjadikan saya rakyat Malaysia.

 “Apatah lagi, kebelakangan ini terlalu banyak berita dilaporkan mengenai keganasan dan rusuhan yang berlaku di kalangan masyarakat di luar negara dan membuatkan saya bersimpati. Insiden yang tercetus itu menyebabkan rakyat sengsara.

 “Tiada rakyat dari negara mana pun yang inginkan penderitaan. Namun, di negara ini rakyat sepatutnya berasa bertuah dan bangga kerana masih ada kemakmuran. Ditambah lagi, kita utuh berpegang kepada satu pemerintahan yang memacu ke arah kejayaan dan kemakmuran,” katanya.


 Menurut Fida, kerajaan sekarang juga amat mengambil berat soal rakyat bertepatan slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Malah, tema ‘Janji Ditepati’ pula diguna pakai untuk pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 kali ini. “Pada saya, ia tema yang tepat kerana rakyat adalah pemangkin sumber pendapatan untuk menjana ekonomi sesebuah negara. 


Jadi, semestinya segala masalah dan keperluan rakyat wajar diambil kira oleh kerajaan supaya apa saja kekurangan yang ada mampu diatasi segera.


 “Memandangkan Malaysia juga adalah sebuah negara Islam, saya dapati kerajaan amat mementingkan kebajikan rakyat supaya tidak terlepas menikmati kemajuan. 


 Malah, pelbagai ruang dan peluang diberikan untuk rakyat berusaha mengubah taraf hidup mereka. 

“Selain itu, sama ada berhijrah ke bandar atau masih tinggal di desa, rakyat juga masih boleh membina kerjaya. Pelbagai bidang kerja disediakan termasuk diberikan juga latihan serta kursus intensif oleh kerajaan.

 “Bagi golongan muda lepasan sekolah pula diaturkan ruang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kerja yang menjadi pilihan di institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk turut diberikan bantuan pinjaman kewangan,” katanya.

 Kata pelakon drama Kasih Alia dan anak bongsu dalam keluarga ini lagi, demi menyemarakkan semangat kepada golongan muda untuk rajin menimba ilmu hingga ke menara gading, kini diadakan juga program Jelajah Destini Anak Bangsa di seluruh negara. Ujar Fida, apa saja yang diinginkan rakyat cuba disediakan oleh kerajaan sebaik mungkin.

Sehubungan itu, katanya dasar demokrasi yang menjadi teras negara ini adalah tepat dan bersesuaian dengan kehendak rakyat.

No comments:

Post a Comment