Friday, 3 August 2012

PESONG AKIDAH PELAJAR MISKIN

Sinar Harian


GEORGETOWN – Laporan Sinar Harian mengenai sekumpulan remaja dihasut murtad ketika berbuka puasa semalam mendapat reaksi beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam, di sini.

Dakyah bertujuan memesongkan akidah umat Islam itu dipercayai sudah semakin terbuka dan meluas di negeri ini, malah sebuah rumah pangsa di Padang Tembak di sini dipercayai menjadi lokasi sekumpulan individu bergerak aktif cuba memesongkan akidah umat Islam.

Perkara itu didedahkan sendiri Setiausaha Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) Pulau Pinang, Nursyazwani Bukhori.

Menurutnya, rumah yang menjadi pusat operasi memesongkan akidah umat Islam itu berselindung di sebalik kerja kebajikan buat remaja yang kurang mendapat kasih sayang.

"Mereka mengambil kesempatan ke atas remaja Islam yang ibu bapa mereka balik lewat malam kerana bekerja dan yang tidak mendapat kasih sayang secukupnya.

"Mereka ini akan memasak makanan dan menyediakan tempat tidur kepada remaja berkenaan. Pada masa sama, kesempatan ini akan digunakan untuk mempengaruhi secara halus kalangan remaja itu untuk berpaling daripada Islam," katanya.

Amal budaya tempatan taktik dekati sasaran

Nursyazwani berkata, pendekatan yang diambil kumpulan ini dilihat semakin berani dan  terbuka, malah sanggup mengamalkan budaya tempatan supaya fahaman mereka lebih mudah meresapi golongan sasaran ini.

Menurutnya, antara taktik yang digunakan ialah penyebar agama berkenaan akan memakai baju kurung untuk mudah menambat hati orang Melayu.

"Kita mungkin berasa bangga melihat orang asing memakai baju kurung sedangkan mereka sebenarnya ada agenda lain yang tersembunyi. Mereka juga cuba mempelajari Bahasa Melayu untuk memudahkan pergaulan.


Pelancong asing turut menemui Pengerusi IPSI , Kamaruddin Abdullah (kiri) bagi mendapatkan penerangan mengenai agama Islam di sekitar Masjid Kapitan Keling.

"Bukan itu sahaja, beberapa cara untuk menarik remaja kita khasnya dalam kalangan mereka yang masih lemah pegangan agama ialah menggunakan perkataan agama Islam sendiri antaranya ALLAH SWT dan penggunaan kitab," katanya.

Ketika ditanya mengenai penyebaran dakyah sehingga di pusat membeli belah terkemuka sekitar Georgetown, IPSI juga mengakui ada menerima aduan sedemikian.

Nursyazwani mengakui ada lelaki asing yang akan mendekati umat Islam berbuka di sebuah restoran makanan segera.

"Apa yang dapat dilakukan oleh kami ialah mewujudkan satu bahagian di dalam IPSI bagi menyiasat perkara sedemikian, namun NGO lain perlu turut sama memantau perkara ini daripada menjadi makin meruncing," katanya.

"Kita juga tidak boleh menyalahkan penyebar dakyah ini sahaja, kerana mereka mengambil kesempatan terhadap kelemahan kita, jadi kita sepatutnya memikirkan cara bagaimana untuk menyelesaikannya," katanya.

Terdengar sendiri hasutan

Timbalan Pengerusi 2 Pertubuhan Aktivis Pengupayaan Insan Malaysia (ApiPenang), Asti Toba antara individu yang mendengar sendiri dua lelaki asing menghasut seorang pengayuh beca yang beragama Islam untuk memeluk agama mereka.

Asti berkata, perkara itu disedarinya ketika membuat kiraan data kumpulan gelandangan sekitar Jalan Masjid Kapitan Keling.

Menurutnya, pelancong berkenaan pada mulanya sekadar bertanya mengenai kawasan Masjid Kapitan Keling tetapi lama kelamaan berubah topik perbualan.

"Setelah kami menjauhi pakcik beca berkenaan saya sendiri mendengar mereka sedang menyampaikan dakyah berkenaan, tetapi masih kurang jelas, namun kami bernasib baik kerana selepas solat Maghrib pakcik berkenaan menunggu kami.

"Dia menceritakan semua yang terjadi dan nampak ketakutan. Lelaki asing itu memaksa pakcik beca mengaku tuhannya adalah benar dan Nabi Muhammad SAW salah. Mereka juga berjanji membawa pakcik berkenaan ke pusat agama mereka keesokannya.

"Tetapi pakcik itu tidak datang ke tempat biasanya kerana takut dijumpai lelaki asing itu," katanya
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment