Sunday, 5 August 2012

Sepasang kekasih lemas terhidu asap tilam yang dibakar

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Sepasang kekasih ditemui mati dipercayai lemas akibat terhidu asap tilam yang dibakar mereka dalam sebuah bilik di Pangsapuri Bayu Puteri, Petaling Jaya, dekat sini petang ini.

Kedua-dua mayat berusia dalam lingkungan 30-an itu ditemui rakan mangsa yang ke rumah pasangan itu selepas gagal menghubungi mereka kira-kira pukul 3 petang.

Rakan pasangan itu terpaksa menendang pintu bilik yang mempunyai kesan terbakar dan kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan terdapat longgokan tilam yang dibakar berhampiran mereka.

Namun tiada kesan terbakar ditemui di badan mereka.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau berkata, mayat pasangan itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. - BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment