Friday 17 August 2012

Tudiaaa.... Nasharudin bakal di saman DAP

Kenyataan Nasharudin 'kejam', Karpal mahu saman

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin Mat Isa ekoran kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas itu semalam berhubung pendirian beliau berkaitan isu hudud dan Islam.

"Kenyataan Nasharudin bahawa saya bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dipetik Bernama hari ini, Nasharudin mempersoal pakatan politik Pas dengan pihak yang 'menentang Islam'.

Artikel itu memetik beliau sebagai berkata, "Karpal Singh bukan hanya menentang hudud, malah Islam".

Dalam reaksinya, Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, berkata kenyataan Nasharudin bahawa beliau menentang Islam, tidak mendapat sokongan Pas.

Nasharudin, katanya, kini hanyalah 'ikan bilis' dalam Pas dan kenyataan beliau tidak mencerminkan pendirian parti itu.

"Memandangkan dakwaan serius telah dibuat terhadap saya, saya tidak mempunyai pilihan selain memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin," katanya.
Sinarharian
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

  1. Semua peguam yg beragama ISLAM Perlu Bangkit menbantu Ustaz Nasharudin. Menentang Karpal Singh ... Masa ini lah kita Perlu Bersatu

    ReplyDelete
  2. Kami org melayu yg beragama Islam akan bergadai andai kata Us Nasha di saman. Memang pun Karpal singh musuh Islam hanya Nik Aziz dan Hadi Awang nak try buat kawan dan kemudian tikam belakang. Inilah Pas yg berkawan dgn DSAI( manusia berwatak syaitan). Cakap politik memang macam Pakatan dok guna sekarang tapi persoalanya benggali ni memang musuh Islam

    ReplyDelete
  3. Pelik..dah macam ni pun puak2 pemimpim PAS masih mempertahankan si Kapal Karam tu dan menyalahkan Ust. Nasharudin..kesiannya Ust. Nasharudin..sampai begini diperlakukan oleh rakan sendiri..

    ReplyDelete