Jom kita renungkan kisah seorang Pelajar Kolej swasta yang di kritik hebat oleh rakyat Malaysia atas tindakan beliau menlondehkan seluar di Khalayak ramai. Mungkin ada yang berpendapat jika seserang melanggakah masuk ke unversiti atau berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading sudah penuh ilmu di dada serta bijak dari segi akal dan berfikiran...
bidalan penah berkata "ikutlah resmi padi semakin berisi semakin tunduk" sebagai seorang pelajar bukan sahaja kekayaan ilmu pengetahuan yang kita kecapi sebagai seorang pelajar kita perlu belajar modal insan untuk menambah kakayaan budi pekerti.
JANGAN SESEKALI MENIRU PERBUATAN MANUSIA!
(cerita dari Mazidul Akmal Sidik )
Pelajar kolej swasta, Muhammad Ammar A Rahman, 19 tahun, melondehkan seluarnya di khalayak ramai pada malam 30 Ogos lalu.
Gambar perbuatannya itu tersebar di internet. |
Dia, pelajar tahun dua program Diploma Multimedia Kreatif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics di Cheras, Kuala Lumpur dan telah disingkirkan daripada institusi pengajian tinggi terbabit.
"Daripada 10 blogger menyiarkan kisah saya, hanya dua yang benar dan boleh dipercayai," ujarnya dalam pertemuan bersama media.
Sebelum ini saya tidak berminta menulis berhubung perlakuan remaja ini.
Saya blogger dan tidak berhasrat memfitnah dan menyiarkan berita palsu berhubung Ammar. Namun izinkan saya membentangkan fakta tidak begitu dirungkaikan.
Ammar mengaku bersalah di atas kesilapannya justeru memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan seluruh rakyat Malaysia selepas ayahnya berbuat perkara sama.
Bagus.
Lihat gambar aksi Ammar . Punggungnya dilihat oleh lelaki dan perempuan dan dia kelihatan tersenyum.Apakah difikirkannya pada ketika itu?
Gambar PUNGGUNGNYA dirakamkan oleh sebilangan mereka berada di lokasi kejadian.
Jika tanpa gambar Datuk Seri Najib dan isteri terbabit sekalipun, persoalannya, tidakkah remaja itu berasa malu?
MALU.
"Hei! Pergi pakai seluar cepat, malu sikit," ujar ibu kepada anaknya.
Anak berusia 3 tahun, keluar dari bilik air berbogel. Lazimya anak sebesar itu sudah pandai mencari seluar kain atau tuala untuk menutup kemaluannya, termasuk PUNGGUNG.
Perlakuan haiwan jauh berbeza jika dibandingkan dengan tindakan manusia.
Lembu contohnya, tidak teragak-agak menunjukkan PUNGGUNG tanpa mengira lokasi. Bagaimanapun ibu lembu tentunya tidak mengeluarkan kenyataan berikut ...
"Kau jangan buat hal, bangga sangat menunjukkan PUNGGUNG kau kepada lembu lain. Kalau manusia lain, PUNGGUNG pun mereka 'baham' sesama jenis. Kita lembu, jaga maruah keluarga dan spesis. Jangan sesekali meniru perbuatan manusia!"
No comments:
Post a Comment