Wednesday, 5 September 2012

Nasha : Kedudukanya biar Parti Yang tentukan ?


Terima Kunjungan Fathul Bari & ILMU, Ustaz Nasha Tidak Seangkuh Nik Aziz

Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU) diketuai oleh Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya telah menziarahi bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa pada 1 September lalu.
 
"Kunjungan ILMU disambut baik oleh Ustaz Nasarudin Mat Isa. Antara kata-kata yang menarik perhatian kami adalah Umat Islam di Malaysia mesti BERSATU,"kata Abu Aqif Al Aman yang mengirim email dan foto.
 
Fathul Bari Mat Jahaya seperti dilaporkan Sinar Harian berkata, perjumpaan itu bertujuan menziarahi Ahli Parlimen Bachok itu atas nama Islam dan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim.
 
Beliau berkata, beberapa topik dibincangkan termasuk kedudukan Nasharuddin dalam Pas yang akan diketahui pada 9 September nanti.
 
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bachok itu enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada parti untuk menentukan kedudukannya.
"Perjumpaan itu juga membincangkan kerjasama yang boleh dilakukan antara Ilmu dan Nasharuddin pada masa akan datang._sumber
 
"Ilmu akan mengadakan pelbagai program antaranya ialah Jelajah Ilmu yang akan memberikan penjelasan hukum hudud kepada Islam dan bukan Islam," katanya.

1 comment:

  1. selagimana negara tidak dibawah penglaksanaan AL-QURAN DAN SUNNAH maka selagi itulah tidak akan mendapat penyatuan ummah...syarat utama nk jadi islam adlah mengucap.. maka negara pun syarat utama nk jadi negara islam adlh begitu,,, bila ada negara bersandarkn apa yg terkandung dalam LAILAHAILLALLAH... NK TAKUT PA LAKSANAKAN ISLAM SEPENUHNYA.. HARI NI UMNO ISTIHAR LAKSANA ISLM SEPENUHNYA MAKA SLEPAS TU DAN SETERUSNYA AKN BERSATU SEMUA.. JDI PAS TIDAK ADA ALASAN NK TENTANG UMNO LAGI ,,, MESTI SEMUA BERSATU,..

    ReplyDelete