Wednesday 25 April 2012

ISU PENYELEWENGAN TABUNG MEMALI APA KESUDAHANYA..?


Apa kata Imbas seketika... mengenai skandal mengelapkan wang tabung Memali. APA yang berlaku ke atas Hasil kutipan yang dikatakan jihad fisabillilah.
- 1985,  'Tragedi Berdarah Memali' tercetus kerana Ibrahim Libya enggan menyerah diri untuk ditahan di bawah ISA.  Kini tragedi yang menimbulkan banyak tanda tanya itu telah lama berlalu - 15 tahun.  Pihak pimpinan PAS telah mengambil tugas dan tanggungjawab menjaga dan membela nasib waris mangsa yang terbunuh yang menimbulkan banyak tanda tanya itu telah lama berlalu - 15 tahun.  Pihak pimpinan PAS, telah mengambil tugas dan tanggungjawab menjaga dan membela nasib waris mangsa terbunuh.

Oleh kerana PAS memfatwakan yang terbunuh dalam tragedi Memali itu sebagai syuhada atau 'mati syahid', maka pihak kerajaan tersisih dari sebarang urusan hidup mereka. Demi kesejahteraan umat Melayu Islam, segalanya dibiarkan kepada pihakPAS memikul tanggungjawab.

Manipulasi PAS dalam membolehkan mereka menerima banyak wang derma atau sumbangan ikhlas dari Islam seluruh negara, khususnya dari kalangan penyokong-penyokong PAS. Iklan-iklan mengenai Tabung Mangsa Memali disiarkan dalam akhbar resmi PAS, Harakah. Tidak cukup dengan itu, para pejuang PAS yang mendakwa bersifat mujahid menerbitkan berbagai bahan bacaan seperti buku dan makalah bagi menarik simpati ahli PAS dan juga orang ramai.  Pada pandangan umum segalanya berjalan lancar dan waris-waris mangsa benar-benar telah mendapat pembelaan.
 
Begitulah yang tersurat mengenai tabung berkenaan.  Mereka yang bersimpati dan telah memberi sumbangan berasa bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana derma ikhlas mereka sampai kepada apa yang dimaksudkan.

Sesungguhnya Allah S.W.T. Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.  Kehendak Allah tidak dapat di duga oleh hamba-hamba-Nya, walaupun oleh mereka yang bertaraf ulama. Maka dengan kehendak-Nya sekumpulan waris mangsa tragedi Memali membuat aduan polis mengenai wujudnya penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pengurusan tabung berkenaan.

Tarikh 27 Julai 2000 merupakan hari meletupnya 'bom jangka' yang sekian lama terpendam dikalangan waris mangsa.  Bagi pihak waris mangsa yang diketuai oleh Zainon Ismail, segalanya dilakukan kerana ruang    untuk menyelesaikan masalah yang tercetus dari isu penyelewengan tabung berkenaan telah tertutup rapat dan nama baik mereka tercemar dengan teruknya.

Adalah difahamkan bahawa pihak pucuk pimpinan PAS, khususnya Datuk Fadzil Noor tidak mengendahkan pendedahan mereka malah memihak kepada pihak yang didakwa.

Ekoran laporan akhbar mengenai pengakuan bahawa balu-balu tragedi Memali tidak mendapat bantuan setimpal daripada pengurusan Tabung Mangsa Memali, balu Allahyarham Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya, Soleha Hussain mendedahkan bahawa beliau menjadi mangsa penghinaan oleh penyokong-penyokong PAS.

Katanya, beliau berasa sedih apabila dihina dengan kata-kata kesat termasuk menggelarkan dirinya sebagai isteri syuhada murahan.

Menurutnya, penghinaan itu dibuat melalui panggilan telefon yang diterima sejak tersiarnya beberapa laporan di akhbar-akhbar mengenai dakwaan berlaku penyelewengan dalam Tabung Memali.

Berdasarkan maklumat yang diterima, mereka yang terlibat dalam pendedahan itu berada dalam ketakutan kerana diugut oleh penyokong-penyokong PAS dari luar Memali. Kononnya ada yang memfatwakan bahawa darah mereka halal kerana mereka telah dianggap penderhaka PAS.

Anehnya, dalam dalam kata-kata '... tidak ada kena-mengena dengan PAS' itu, Datuk Fadzil mengadakan pertemuan dan dialog dengan 25 orang waris dan mangsa tragedi pada        29 Ogos 2000 di Madrasah Islahiah Diniah, Kampung Memali. Majlis itu diadakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Memali bagi memberi penerangan mengenai perkembangan Tabung Mangsa Memali yang ditubuhkan selepas berlaku tragedi Memali.

Majlis dialog dengan Datuk Fadzil itu bertukar menjadi kecoh apabila kesemua mangsa terbabit dihalang untuk memberi penjelasan mengenai dakwaan mereka bahawa berlaku penyelewengan dalam pengurusan tabung berkenaan.

Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu pihak jawatankuasa majlis itu hampir bergaduh dengan mangsa dan balu-balu tragedi Memali selepas berlaku cabar mencabar antara kedua belah pihak.  Kesemua mangsa tidak puas hati dengan cara pihak jawatankuasa penganjur majlis itu serta sikap Datuk F'adzil Noor yang dianggap tidak professional dalam menyelesaikan masalah pengurusan tabung berkenaan.

Kekecohan terjadi ketika Datuk Fadzil sedang mendengar penjelasan daripada Ahli Jawatankuasa           cawangan Memali berhubung tabung berkenaan sebelum seorang wakil yang dilantik oleh mangsa dan balu tragedi tersebut, Zainon Ismail, 40, bangun untuk berucap bagi melahirkan rasa tidak rasa tidak puas hatinya terhadap pengurusan tabung itu.

Bagaimanapun dia dihalang atas alasan beliau bukan ahli PAS

Datuk Fadzil Noor dan ahli jawatankuasa majlis itu tergamam apabila Zainon berjaya membuktikan dirinya sebagai ahli parti itu dengan menunjukkan kad keahlian seumur hidup.

Apabila Zainon (lebih popular dengan panggilan Cikgu Non) dihalang dari berucap, sebahagian besar mangsa yang terdiri daripada kaum wanita menjerit-jerit di luar dewan meminta Datuk Fadzil Noor memberikan keadilan kepada mereka.

Keadaan itu menyebabkan beberapa ahli jawatankuasa penganjur majlis tersebut meluru keluar dan berlakulah cabar mencabar antara kedua-dua pihak sehingga hampir mencetuskan pergaduhan.

Bagaimanapun ketegangan berjaya dikendurkan selepas beberapa pihak campur tangan.

Salah seorang mangsa tragedi Memali, Encik Manas Abdullah, 57, menegaskan kesemua mereka (mangsa tragedi) kecewa dengan sikap Datuk Fadzil Noor selaku Presiden PAS yang berat sebelah. Jelasnya, Datuk Fadzil perlu mendengar penjelasan pihak mangsa bagi menyelesaikan kekusutan yang berlaku dalam pengurusan tabung berkenaan.

Katanya, sebagai mangsa tragedi itu, beliau mahu hasil kutipan tabung itu diserahkan kepada pihak yang sepatutnya.

Seorang lagi mangsa, Azmi Haji Salim, 51, mendakwa hasil kutipan tabung itu dipercayai telah disumbangkan kepada pihak-pihak lain termasuk kepada akhbar Harakah.

Akibat daripada penyelewengan itu, ahli-ahli PAS di  kawasan itu berpecah belah termasuk dalam soal menguruskan kenduri kendara di kalangan ahli parti itu.

Mereka mendakwa wang tabung yang bertujuan membantu balu-balu dan anak-anak mangsa tragedi itu telah habis dan hidup mereka kini dalam kepayahan. Balu kepada Allahyarham Ibrahim Mahmud, Soleha Hussain, mendedahkan sendiri 'bahawa pihak pengurusan tabung kata duit sudah tiada tetapi selama ini saya tidak pernah diberitahu jumlah wang masuk dan keluar dari tabung berkenaan'.

Selepas Datuk Fadzil Nor gagal menyelesaikan pertelingkahan antara mangsa tragedi Memali dengan pihak pengurusan Tabung Mangsa Memali, PAS menghantar pula ahli Parlimen Kuala Kedah, Mohamad Sabu bagi mengendurkan ketegangan.

Ketika berceramah di Madrasah Islahiah Diniah Kampung Memali, Mohamad Sabu mengimbas kembali Tragedi Memaii bagi mencetuskan semangat para pendengar dan mengalihkan tumpuan dengan mendakwa bahawa isu Tabung Mangsa Memali yang dihebohkan itu adalah hasutan musuh-musuh PAS.  Dengan suara lantang beliau menyalahkan semua akhbar harian.

"Kalau ada TV, akhbar-akhbar yang cuba membela mangsa Memali, ini adalah adalah hipokrit dan munafik nombor satu," ucapnya.

Mohamad Sabu juga mengajak balu dan mangsa kembali kepada parti dan hidup sebagai satu masyarakat serta kumpulan yang terpaksa menghadapi segala cabaran bersama. Beliau turut menggesa mangsa dan balu agar berwaspada dengan golongan 'tumpang kasih'.

”Kasihan mereka sebenarnya sementara sahaja sedangkan kasihan kita (PAS) berpanjangan", katanya.

Mohamad Sabu juga turut  merayu kepada mereka yang  terlibat supaya jangan mengadu kepada pihak 'musuh' sekiranya berlaku sebarang masalah.

Sementara itu, beberapa balu yang menghadiri ceramah 'penjelasan' itu melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Ahli Jawatankuasa Pusat PAS itu, yang disifatkan oleh mereka sebagai mengeruhkan lagi keadaan.

Wakil balu dan mangsa tragedi Memali, Zainon Ismail menjelaskan, dia tidak menyangka sama sekali dengan tindakan pihaknya membuat laporan kepada polis yang akhirnya diketahui oleh pihak media sebagai mengadu kepada musuh.

"Saya tidak mengadu kepada musuh tetapi mengadu kepada pihak yang diiktiraf PAS iaitu polis dan dianggap mengadu kepada musuh", katanya.

Menurut Zainon, balu dan mangsa tiada jalan lain melainkan terpaksa membuat laporan polis setelah usaha untuk menyelesaikan masalah itu sejak tiga tahun lalu menemui jalan buntu.

Tambahnya, pihaknya sebelum ini telah mengadakan perbincangan sebagai sebuah keluarga tetapi masih tidak dilayan.

Sehubungan itu, Zainon berkata, kehadiran kalangan pemimpin PAS terutama melalui ceramah di kampung itu juga bukanlah jalan penyelesaiannya.

"Kami anggap kehadiran mereka sebagai mengeruhkan lagi keadaan sedia ada dan bukannya menyelesaikan," tegasnya yang bersetuju dengan nasihat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyarankan isu itu diserahkan kepada pihak berkuasa polis.

Katanya, pemimpin PAS sendiri perlu memenuhi syarat penyelesaian melalui kaedah Islam iaitu mendengar kedua-dua belah pihak, menyiasat dan kaji selidik, bukannya mendengar sebelah pihak sahaja.

Beliau juga mengakui bahawa dalam kes ini dan mangsa tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pemimpin parti itu untuk mendapat maklumat tepat mengenai kes ini.

Sementara itu, balu dan ahli keluarga mangsa tragedi Memali terus menerima cercaan daripada pihak tertentu termasuk mendakwa mereka 'bersandiwara' apabila mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan Tabung Mangsa Memali.

Salah seorang anak mangsa tragedi Memali, Abdul Rahim Lah, 35, berkata, beberapa hari selepas pecah berita laporan polis ada pihak tertentu menelefonnya sambil menyifatkan dakwaan balu-balu terbabit hanyalah rekaan dan 'sandiwara'.

Mengulas tuduhan itu, Zainon berkata ada yang menganggap isu ini sebagai 'Sandiwara UMNO'.

"Isu ini bukannya sandiwara UMNO tetapi akibat penyelesaian yang tidak dilakukan mengikut kehendak Islam," katanya.

Sehubungan dengan itu mereka ygng terbabit dalam pendedahan isu penyelewengan Tabung Mangsa Memali ini juga akan mengambil  tindakan mahkamah sekiranya Ahli Parlimen Kuala Kedah, Mohamad Sabu tidak menarik balik kata-kata ucapannya yang dianggap celupar dan menghina balu-balu serta mangsa tragedi Memali.

Menurut mereka, ucapan Mohamad Sabu itu adalah satu penghinaan besar dan mencemarkan maruah semua balu dan keluarga mangsa tragedi Memali yang kini terpaksa berjuang sendiri membela nasib mereka.

Mereka amat tersinggung dengan ucapan Mohamad Sabu yang mendakwa bahawa mereka yang laporan polis dan mendedahkan penyelewengan Tabung Mangsa Memali sama dengan perbuatan kaum Nabi Noh dan Nabi Lut yang dilaknati Allah dan bakal menjadi ahli neraka.

Demikian senario yang tersurat mengenai isu Tabuhg Mangsa Memali yang meletup pada masa para pemimpin PAS sedang ghairah mendakwa apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan kerajaan adalah sandiwara semata-mata.

2 comments:

  1. PAS lagi Zalim.........

    ReplyDelete
  2. Nak urus duit amanah pun hancoq, bagaimana nak uruskan wang negara?.....
    Semudah uruskan duit tabung MEMALI pun depa ni GAGAL.....aduih....

    ReplyDelete