Sunday 22 April 2012

PTPTN BUKAN PAKSAAN




Tindakan mahasiswa turun berdemo hari ini untuk meminta kerajaan memansuhkan PTPTN sememangnya tidak logik. Seperti biasa demo ini juga dibayangi oleh pembangkang yang menjadikan Dataran Merdeka sebagai penempatan. Dengan memasang khemah di dataran merdeka. Malah tindakan mereka lebih kurang dengan dengan mengenakan bunga malai pada gambar Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Mereka ini umpama "melepaskan anjing yang Tersepit" ! ..... 

ptptn ni bkn paksaan,kalau dah tak nak tak perlu pinjam. guna duit sendiri tu pun kalau hampa semua dari golongan berada la, mak/ayah tanggung pastu fikir apa perasaan mak/ayah bila kita buat tak tahu.. setelah habis belajar tanpa mbalas kembali susah payah mereka yang membantu kita?

Sudah menjadi adat bila pinjam bayarlah.. jaganlah kita pentingkn diri sendiri.. apa yang akan berlaku pada generasi yang akan datang, bagaimana dengan adik-adik kita dari golongan kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran..."depa nak cekau dana dari mana...? 

Kerajaan  menyediakan sejumlah peruntukan melalui PTPTN dengan dana pinjaman sebanyak RM23 bilion daripada  jumlah dana yang diperuntukkan iaitu RM35 bilion semenjak dari tahun 1997 hingga sekarang. Bantuan kewangan yang diberikan dalam bentuk pinjaman kepada pelajar bagi melanjutkan pelajaran dengan kadar faedah yang sangat rendah.  Keadaan ini dapat dilihat melalui penurunan kadar faedah dari 3% kepada 1%. Ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap beban yang terpaksa di tanggung oleh rakyat.  Selain daripada itu, bagi pelajar yang cemerlang dan memperoleh keputusan Ijazah kelas pertama tidak perlu untuk membuat pembayaran dan kos pinjaman tersebut adalah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan dan ditukarkan menjadi biasiswa.



P/S: bersyukur la dgn bantuan kerajaan utk tanggung 95% yuran pengajian pelajar universiti..



No comments:

Post a Comment