Tuesday, 10 April 2012

HIMPUNAN BERSIH APA KATA MENTERI KDN


HALAL.............


Aku bukan nak memandai mengkriktik tapi apa yang aku nak luahkan sikap terlalu berlembut sangat  Menteri Dalam Negeri Dalam Isu Bersih ni.....Jangan ulangi Kesilapan sama semasa perhimpunan bersih 2.0 dahulu.

KDN terlalu berlembut dan lambat bertindak sehingga akhirnya Kuala Lumpur lumpuh dan para peniaga terpaksa menanggung kerugian besar.

KDN perlu mengambil langkah pencegahan yang tegas dengan segera ke atas parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu yang menganjur BERSIH 3.0 kerana pihak terbabit bercita-cita untuk menghuru-harakan negara.

KDN jangan hanya berani dan pandai bertindak tegas dalam mengambil tindakan ke atas anggota polis yang melanggar prosedur semasa mengawal demonstrasi sahaja sebagaimana dibuktikan ke atas beberapa anggota polis pada Bersih lalu, tetapi lemah bila berdepan pembangkang.

Hebat sangatkah Penganjur Himpunan Bersih 3.0 Tu.....


P/S ;- Kita tidak mahu lagi rakyat terus mempertikai 'kejantanan' KDN kerana kementerian ini adalah satu cabang kementerian yang sangat penting kepada keselamatan negara. Jadi guna kesempatan ini untuk mengembalikan keyakinan rakyat yang selama ini pudar.


Kerajaan Tak Halang Himpunan Bersih 3.0 - Menteri Dalam Negeri

No comments:

Post a Comment