Monday, 23 April 2012

BERSIH 3.0 PAKSAMAD BERSATU HATI DENGAN AMBIGA

"Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk A. Samad Said secara peribadinya mahu mengekalkan himpunan 'Duduk Bantah' diadakan di Dataran Merdeka, 28 April ini. Mengulangi pendiriannya berulangkali, beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Samad (gambar), menegaskan beliau dan Datuk S. Ambiga mempunyai sikap yang sama berhubung perkara tersebut.'



Maknanya puak bersih sengaja mahu menghuruharakan negara. setelah permohon mereka untuk mengadakan perhimpunan 'kotor" di dataran Merdeka di tolak oleh DBKL. Besih 3.0 yang kali ini diketuai oleh A.Samad Said hanyalah boneka yang di perkudakan oleh Ustazah Ambiga selaku tulang belakang kepada perhimpunan ini. Ustazah Ambiga yang juga merupakan pejuang seks bebas (LGBT) serta.................
  1. Bekas  Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima  memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos  2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan  IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan;
  2. Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga mempertikaikan pelaksanaan hukum  syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan  kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam; dan
  3. Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos  2008 yang membincang dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun  mendapat bantahan orang Islam, Majlis Peguam yang diterajui Ambiga tetap  meneruskan forum itu.
Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan telah menerimaAnugerah Keberanian Wanita Antarabangsa yang berprestij dari Hillary Clinton Setiausaha Negara Amerika Syarikat pada 9 Mac 2009. Ambiga adalah merupakan salah seorang di antara lapan wanita di seluruh dunia yang diiktiraf bagi keberanian yang luar biasa dan kepimpinan mereka dalam membela hak-hak wanita dan kemajuan. Dalam satu kenyataan, kedutaan Amerika Syarikat berkata Ambiga telah diberi penghormatan untuk memperjuangkan kedaulatan undang-undang dan memajukan hak asasi manusia, taraf wanita dan toleransi agama di Malaysia.

Juga perhatikan Tuntutan beliau di dalam IFC (Suruhanjaya Antara Agama) yang terlibat dalam pembelaan kes Lina Joy dahulu. Beliaulah yang membela kes murtad Lina Joy dahulu sehingga Lina Joy secara rasminya telah murtad dari Islam... Orang sebeginikah yang kamu pandang tinggi? Yang kamu mahu jadi ketua kamu? Astaghfirullah al-'adzim...


1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.Maruah Melayu Islam di bawah tapak kaki si Hindu Ambiga!

1 comment:

  1. Pak Samad ni dah nyanyuk ke. Atau dah terputus talian Ahli Sunnah Waljamaah.

    ReplyDelete