Friday 20 April 2012

PANASS!! AZIZAN MAIN WAYANG LAGI.......


KILANG 1ST SOLAR KULIM HI-TECH TUTUP 4 OPERASI 


PAS mewar-warkan bahawa pelaburan Industri Solar di Kedah adalah usaha mereka. 

Kilang First Solar disenaraikan sebagai pelaburan usaha kerajaan PAS sebagaimana
digambarkan oleh blogger PAS dan Warta Darulaman (sebuah akhbar kerajaan yang 
telah ditukar menjadi akhbar politik). Ceritanya berbilion-billion, walaupun itu hanyalah
kisah lembu punya susu, sapi punya nama.

Sebagaimana sebelum ini, bilamana terdapat masalah dan isu besar dalam bekalan air 
oleh SADA, kerajaan negeri cepat-cepat menunding kepada kerajaan pusat. Sebaliknya
apabila loji atau lori bekalan air baru dirasmikan, secara ajaibnya SADA kembali kepada
menjadi milik kerajaan Negeri dibawah PAS yang kononnya prihatin terhadap rakyat. 
Jika ada pula isu air timbul, maka kerajaan pusat pula yang akan dikatakan
bertanggungjawab.

Mudah sungguh kerja PAS.

Berita rasmi terkini, First Solar akan menutup 4 pengeluarannya di Kulim Hi_Tech dan 500 
orang pekerja akan dibuang pada peringkat awal klik untuk berita seterusnya.

1 comment:

  1. Salam saudara, mohon saudara linkkan blog saya Penggempur Mutiara kepada bolg saudara. saya telah pun berbuat demikian terhadap blog saudara. tq

    ReplyDelete