Wednesday, 11 April 2012

Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0

Kesian Awek FRU Ni. Terpaksa Bertugas Sekali Lagi Menghadapi Orang yang tak Paham Bahasa






Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina 

kepada Bersih 3.0 Yang Perlu Juak Pakatan Baca!






                                               


Bismillah....

Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus 
menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan 
solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang 
menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta 
negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun 
mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat 
yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang
 telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan
 pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku 
jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch
 card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih 
ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang 
tipu 'claimn' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk 
kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu
 rakyat.

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.

Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat 
kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)

Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar
 orang-orang berkata, “amalan- amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana
 kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin."

Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.

“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian 
yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut)

“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari 
kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya
 Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka 
disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.
” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)

“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan 
dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian 
tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!
” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).

Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan 
zalimnya seorang Rakyat, begitu juta sebaliknya

*****Fikir fikirkan lah....setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik 
dari Pemerintah?

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam

Dan banyak lagi....Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap 
mengenai islam dalam negara?
sumber dari :-
Anak Seberang

No comments:

Post a Comment