Tuesday, 10 April 2012

UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA


UMNO berusia 66 tahun. Secara rasmi, UMNO telah dilancarkan pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru.Sudah 66 tahun berlalu, kini UMNO berada dalam suasana yang amat berlainan jika dibandingkan sebelum ini. Kekosongan yang mula ditinggalkan oleh pejuang sebelum merdeka setelah mengharungi perit getir kelemahan politik dan kedaifan bangsa kini diisi generasi Melayu baru yang masih muda dari segi umur mahu pun pengalamannya.Sungguhpun begitu, evolusi parti UMNO sungguh menakjubkan dan menggetarkan perasaan ini, terutama sekali di awal penubuhannya. Kita mungkin tidak mampu merasai bahangnya tetapi cuba bayangkan apabila 41 buah pertubuhan terbesar orang Melayu yang mewakili pelbagai kepentingan, dapat dihimpunkan dan berjaya mengadakan Kongres Melayu Setanah Melayu di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946.Persoalannya sekarang, apakah perasaan-perasaan negatif di dalam kepimpinan parti-parti tersebut dapat menyediakan landasan kukuh kepada perjuangan agama dan bangsa yang bersih lagi suci seperti perjuangan parti UMNO.
Sayangnya, ideologi fanatisme dan idola yang mewarnai kefahaman politik sesetengah orang Melayu hari ini telah menyebabkan semangat tulen UMNO dikaburi dan tidak menjadi kriteria terpenting di dalam memilih parti politik.


Antara teks Ucapan Presiden UMNO Di PAU 2011.


Bersesekali dengan itu jua, saya pohon, marilah kita sama-sama bangun dan berdiri......, bangkit, untuk beri satu penghormatan kepada para pendahulu, kesatria-kesatria UMNO, warga parti yang tidak didendang serta barisan negarawan unggul lagi terbilang yang dilahirkan oleh perjuangan mulia ini. Marilah....., marilah, kita angkat tinggi penghargaan kepada semuanya. 

• Bermula dengan gemulah tokoh-tokoh tersanjung yang telah pulang menyahut panggilan Ilahi seperti Allahyarham Dato’ Onn, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Razak, Allahyarham Tun Hussein, Allahyarham Tun Dr. Ismail dan Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Begitulah juga tokoh-tokoh yang masih teguh berbakti hingga ke detik ini, seperti Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Badawi dan Tun Musa Hitam.


Sumber Klik : 

Ucapan Presiden UMNO 2011


No comments:

Post a Comment