Monday, 23 April 2012

PAS CUBA KELIRUKAN UMAT ISLAM DENGAN ISTIBDAL WAKAF…untuk SUNNY HO!

Istibdal atau tindakan menggantikan harta wakaf sedia ada dengan harta lain yang sama merupakan hukum yang harus. Namun ia hanya dibenarkan bagi tujuan mempertambahkan lagi kebajikan dari harta tersebut dan tidak melanggari tujuan asal wakaf tersebut.Ia juga boleh dilakukan jika harta wakaf dan tujuan wakaf itu berkonflik dengan undang-undang sedia ada. Inilah tujuan sebenar istibdal.

Istibdal wakaf dilakukan apabila pihak berwajib melihat bahawa ianya lebih membawa kebajikan kepada harta wakaf dan juga pihak yang mewakafkan tanah tersebut. Ini membawa maksud cadangan untuk menggunakan harta tersebut bagi faedah yang lebih baik timbul terlebih dahulu, barulah proses istibdal dilakukan.
Bantahan dari Penduduk
Apa yang berlaku diTanah Wakaf Jalan Kanchut, Alor Setar adalah terbalik.

Dalam kes Madrasah Salihiah ini, proses “Istibdal” itu dilakukan bukan atas kepentingan dan kebajikan Madrasah dan harta wakaf tersebut, sebaliknya “istibdal” ini digunakan sebagai pekakas untuk pembangunan sebuah kompleks membeli belah.

Maka sebab itulah, proses “istibdal” hanya berlaku selepas cadangan pembangunan kompleks membeli belah wujud, dan tidak ada kaitan dengan tujuan istibdal diharuskan.

Jika benar proses istibdal itu adalah dengan tujuan sebenar, maka tunjukkanlah kertas cadangan dan permohonan menukar status tanah tersebut adalah bertujuan untuk mendapatkan wang 1.48 juta itu, dan bukan memberi laluan kepada shopping kompleks.

Jika benar proses istibdal itu adalah dengan tujuan sebenar, maka tidak seharusnya MAIK membenarkan Madrasah tersebut dibesarkan empat tahun lalu.

Jika benar proses istibdal itu adalah dengan tujuan sebenar, maka cadangan asal penjualan tanah wakaf itu sepatutnya datang dari MAIK sendiri, dan bukan dari kerajaan negeri yang terlibat dengan pembangunan kompleks membeli belah tersebut. Tunjukkan kepada rakyat, siapa yang memohon penukaran tersebut.

Untuk pengetahuan pembaca, istibdal tidak memerlukan fatwa dari Majlis Fatwa jika memenuhi syarat-syaratnya, melainkan proses penukaran status wakaf itu didapati tidak memenuhi syarat barulah perlu mendapat keputusan Majlis Fatwa.

Untuk pengetahuan pembaca, istibdal tidak memerlukan fatwa dari Majlis Fatwa jika memenuhi syarat-syaratnya, melainkan proses penukaran status wakaf itu didapati tidak memenuhi syarat barulah perlu mendapat keputusan Majlis Fatwa.

Dengan wujudnya ketetapan Majlis Fatwa, ia sudah menjadi bukti jelas bahawa perobohan Madrasah Salihiah tidak mematuhi syarat biasa untuk proses penukaran status.

Sebenarnya, isu ini tidak perlu dibelitkan lebih panjang, cuma tunjukkan kepada rakyat permohonan asal penukaran status tanah wakaf ini sudah cukup untuk meyakinkan rakyat, apa yang berlaku dalam pentadbiran PAS.
Roboh tetap roboh
Tak perlulah PAS menyalahkan Umno dan Perkasa, kononnya mendakwa Majlis Fatwa jahil apabila memprotes perobohan Madrasah ini dan PAS paling taat kepada Majlis Fatwa. Janganlah PAS berlagak seolah-olah kita tidak tahu siapa yang menyiram minyak wangi pada Kubur Allahyarham Ibrahim Libya untuk menunjukkan beliau syahid, walaupun Majlis Fatwa kata tidak syahid.

Jika PAS benar-benar telus, terutamanya Harakah, silalah bentangkan dokumen permohonan perobohan Madrasah Salihiah, siapa yang minta. Majlis Fatwa, MAIK atau Ustaz Azizan?- Sumber tanpa nama.


No comments:

Post a Comment