Sunday 15 April 2012

Ahli Majlis PAS Luluskan Pusat Karaoke Di Baling


Pemuda PAS Baling Marah Bila Ahli Majlis PAS Luluskan Pusat Karaoke Di Baling




Semenjak PAS berkawan dengan DAP dan menjadi salah satu komponen Pakatan Rakyat, banyak perangai dan fenomena aneh yang berlaku di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh PAS. Antara fenomena aneh tersebut adalah penghalalan hub dan pusat-pusat maksiat. Walaupun sebahagian penyokong fanatik PAS menyalahkan Kerajaan Pusat kerana tidak wujudnya hukuman Hudud dan Qisas di negara ini, namun apa yang berlaku sebenarnya mencerminkan bagaimana sikap suka menyalahkan orang lain, begitu menebal di hati dan jiwa penyokong PAS.
Itu yang berlaku di Baling!
Pada 8 April lalu, jam 10:00 pagi lebih kurang 25 orang pemuda dari Biro Pemuda Masjid Ridzwaniah, Pekan Baling telah menyerahkan memorandum bantuahan ke atas pembukaan Pusat Karaoke di bangunan Pasaraya Aneka, Pekan Baling, Kedah kepada Pejabat Daerah Baling. Memo tersebut difahamkan turut diserahkan ke Majlis Daerah Baling dan pihak polis. 
Seramai 4 orang wakil yang diketahui merupakan AJK PAS Kawasan Baling yang dikenali ramai turut serta dalam penghantaran memorandum bantahan itu.
Antara kandungan memorandum tersebut yang menolak pembukaan pusat karaoke berkenaan adalah penduduk Baling majoritinya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Pembukaan pusat karaoke tersebut boleh meningkatkan masalah sosial yang teruk menerusi pergaulan bebas antara remaja lelaki dan perempuan. Malah operasi pusat karaoke itu juga dibimbangi akan berlarutan sehingga melebihi had masa yang ditetapkan memandangkan pemantuan pihak berkuasa amat berkurangan dan terlalu lemah. 
Sebenarnya bukanlah perkara pelik sekiranya sebahagian daripada mereka yang mengikuti kumpulan tersebut termasuklah wakil-wakil yang menyerahkan memorandum berkenaan terdiri daripada pimpinan muda PAS Kawasan Baling. 

Persoalannya sekarang ialah, siapa yang meluluskan lesen hiburan dan permit premis kalau bukan Ahli-Ahli Majlis yang terdiri daripada orang Pakatan Rakyat, termasuklah PAS yang turut mempunyai wakil sebagai Ahli Majlis MDB. Mengapa agaknya Ahli Majlis PAS dalam MDB tidak membuat bantahan sebaliknya turut bersetuju dengan kewujudan pusat karaoke tersebut?
Nampaknya Negara Kebajikan yang dilaung-laungkan oleh PAS sudah bertukar menjadi Negara Enjoy Sakan!

Siapa yang salah? Lulus lesen hiburan dan permit premis… lepas tu pakat-pakat serah memorandum kononnya memperjuangkan Islam dan kesejahteraan umat Islam.
Untuk maklumat, pusat karaoke tersebut sememangnya sangat 'LUAR BIASA' dan mempunyai banyak bilik. 
Dalam memorandum yang diserahkan itu juga, bantahan turut disokong oleh penduduk tempatan yang lain agar pusat karaoke itu ditutup. 
Takkanlah penduduk tempatan tak boleh  nak berfikir secara rasional lagi?
Jangan salahkan pihak lain atas apa yang berlaku pulak. Tindakan kumpulan tersebut umpama meludah ke langit. Nak kena pun PAS juga

SUMBER :

[KLIK DI SINI]


No comments:

Post a Comment