Sunday 15 April 2012

HILANG TEKANAN DENGAN......


Hilangkan Stress Anda Dengan Amalkan Doa Ini


Penyakit stress ini adalah penyakit akhir zaman. Mungkin terlalu banyak memikirkan masalah tuntutan dunia moden kini, semakin ramai manusia mengalami stress. Menurut sumber, 1 orang daripada 6 orang menjadi gila kerana stress.
Stress ini terjadi kerana terlalu banyak dan asyik memikirkan tentang perkara-perkara yang perlu dibuat ataupun masalah-masalah yang perlu diselesaikan. Perkara-perkara ataupun masalah-masalah tersebut terlalu membebankan mereka sehingga terus terlupa Allah ada bersama mereka. Bukankah Allah telah berfirman:
Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)


Al-Mawardi mentafsirkan “zikrullah”  dengan maksud ketaatan, balasan dan janji Allah SWT.
Sementara Ibn Asyur  mengatakan  “zikrullah”   bermaksud perasaan takut dan menjaga diri dengan melakukan suruhan dan meninggalkan larangan. Ia juga bermaksud al-Quran dan zikir dengan lidah.
Ringkasnya,  “zikrullah”    bermaksud  kita  menguatkan hubungan dengan Allah SWT  dengan tunduk dan patuh kepada agamaNya dan pengertiannya tidak tertumpu hanya kepada maksud zikir dengan lidah sahaja.
Boleh dikatakan,   kebanyakan   manusia yang mengalami tekanan jiwa  atau  sakit jiwa  disebabkan  hubungan mereka dengan Allah SWT  amat  jauh.  Oleh kerana itu umat Islam jarang  sekali yang  menghadapi tekanan  jiwa,  sebagaimana yang  berlaku kepada umat manusia moden hari ini,  kecuali   gaya hidup umat Islam tidak jauh bezanya dengan orang bukan Islam. Allah SWT berfirman:
Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada).
Ibnu Abbas mengatakan kalimah “sakinah” dalam al-Quran ditafsirkan dengan “tama’ninah”  (ketenangan ).
Tabiat atau  fitrah  jiwa manusia akan merasai ketenangan:
  • Ketika ia bergantung dan berhubung dengan kuasa yang Maha Agung Allah SWT.
  • Ketika ia mengetahui kehidupan di dunia untuk menikmati nikmat Allah SWT
  • Ketika ia meyakini ia akan  kembali selepas kematian  bertemu dengan Penciptanya
  • Ketika ia meyakini kerugian  mengikut  kacamata dunia akan diganti pada hari akhirat
  • Ketika ia mengetahui Allah SWT akan menolongnya dalam setiap situasi, sama ada kesenangan  bagi menambahkan kebaikan atau kesusahan untuk menyelamatkannya.
Allah SWT berfirman:
Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah: “Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan”. (Yunus 57)

Ada satu doa yang pernah dibacakan oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika orang kafir menakut-nakutkan baginda tentang tentera bersekutu yang akan menyerang Nabi s.a.w. Doa ini juga adalah doa Nabi Ibrahim A.S sejurus sebelum baginda dicampakkan ke dalam api oleh Raja Namrud. Doa ini dikatakan boleh mengurangkan atau menghilangkan stress jika dimalakan secara istiqamah.
doa untuk hilangkan stress
Selamat mengamalkannya!
Wallahu a`lam…
#JIWA KACAU.....
.

1 comment:

  1. Terima kasih sbb post kn ayt ni..mmg berguna utk org stress..

    ReplyDelete