Thursday, 2 August 2012

Isu Botol Arak Gergasi Di Bulan Ramadhan - Ada Yang Mengaku Silap!

Anda tentu masih ingat replika botol arak gergasi yang terdapat di Pulau Pinang di bawah pentadbiran Lim Guan Eng DAP.

Akhirnya, dek keprihatinan kita semua, semua botol-botol arak tersebut telah dipindahkan dan pengurusan pusat shopping tersebut telah mengaku kesilapan mereka.

Kita bersyukur kerana isu ini dapat diketengahkan oleh kita semua sehingga menjadi panas.

Jika tidak, apakah kita boleh berharap kepada bloggers pembangkang atau Malik Kassim atau Guan Eng DAP untuk menegur keras agar botol-botol arak itu dipindahkan?

Tambahan pula, kenapa Malik Kassim dan Guan Eng DAP tidak prihatin tentang isu ini sebelum ianya dibawa dalam blog dan media?

Kita tentu ingat keceluparan seorang guru tuisyen bukan Islam yang menghina sahabat-sahabat Nabi dan kemudiannya meminta maaf kerana ' tidak disengajakan'.

Pihak pengurusan komples membeli belah itu juga mengaku 'bukan disengajakan'. Padahal, mereka juga yang membina hiasan sempena Hari Syawal bersebelahan replika botol arak itu?

Jika benar, kenapa tidak ada kesedaran atau sikap sensitiviti kepada agama lain? Apa perlu ditegur baru mereka 'tersedar' dan 'tidak disengajakan'?

Dan isu ini bukan mengkhususkan serangan kepada kerajaan DAP Pulau Pinang seperti yang didakwa oleh sesetengah media pro-pembangkang.

Tetapi ianya betujuan baik untuk meningkatkan kesedaran kepada Malik Kassim, Salleh Man dan Guan Eng DAP supaya lebih peka dan prihatin kepada rakyat yang berbilang kaum.

Guan Eng DAP sendiri pernah berkata 'solidariti pakatan pembangkang berdasarkan 'mata terbuka'. Maka malulah jika 'mata terbuka' tetapi replika botol arak tidak nampak.
_DR MiM

Sila baca di bawah :

GEORGETOWN - Pihak pengurusan sebuah pusat membeli belah yang didakwa mempromosikan minuman keras sempena sambutan hari raya Aidilfitri mengakui melakukan kesilapan namun ia bukan disengajakan.

Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Kassim berkata, sebaik menerima laporan, pihaknya menghubungi pengurusan pusat membeli belah berkenaan dan mengambil tindakan segera.


Beliau berkata, pihak pengurusan pusat beli belah terbabit bersetuju membuat ubah suai segera dan memindahkan struktur pameran dan botol minuman keras berkenaan.

"Perkara ini bukan disengajakan oleh pihak pusat beli belah itu kerana struktur yang mempamerkan botol arak itu adalah satu binaan lama.

"Binaan replika sempena sambutan hari raya Aidilfitri itu pula baru dibuat di depan struktur botol arak. Oleh itu, ia dilihat seolah-olah dipromosikan bersama apabila kita mengambil gambar sedangkan pihak pengurusan berkenaan tidak berniat sebegitu," katanya pada sidang media di sini semalam.

Semalam, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam tindakan pengurusan sebuah pusat membeli-belah terkenal di pusat bandar ini yang mempromosikan minuman keras sempena sambutan Aidilfitri.Presiden CAP, SM Mohamed Idris berkata, pihaknya kesal dengan pihak pengurusan pusat membeli-belah itu kerana mempamerkan kira-kira 480 botol bir kosong di bawah kain rentang tertera Syawal Ceria.

Dalam pada itu, Abdul Malik meminta pertubuhan bukan kerajaan termasuk CAP agar terus menghubungi dan memaklumkan kepada pihaknya atau Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang.Menurutnya, perkara itu boleh diselesaikan oleh pihak berkuasa tanpa perlu pendedahan pihak media.

"Tidak payah masukkan perkara sedemikian ke dalam surat khabar kerana kami boleh menyelesaikannya," katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati kesemua botol arak yang sebelum ini disusun di dalam struktur pameran sudah dikosongkan oleh pihak pengurusan pusat beli belah berkenaan. - SH.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment