Thursday, 2 August 2012

Usaha Bebas Ikan Paus Terdampar Di Pantai Sabah Sedang Dijalankan



Penduduk tempatan berkumpul berdekatan dengan ikan paus, dalam usaha untuk membebaskannya di bandar Kuala Penyu.

KOTA KINABALU: Usaha sedang dijalankan bagi membebaskan ikan paus sepanjang 15.8 meter yang terdampar dekat Kuala Penyu di pantai barat Sabah, kira-kira 149 kilometer dari sini, Isnin.

Ikan paus itu daripada spesis yang masih belum dikenal pasti, terdampar di pantai yang dikenali sebagai "hujung sungai" kira-kira satu kilometer dari bandar Kuala Penyu.

Pegawai Jabatan Perikanan Negeri di Kuala Penyu, Julin Bagang berkata, ikan paus itu mengalami cedera ringan.

"Kami berhadapan dengan masalah logistik dan sedang mencari jalan bagaimana untuk menyelamat ikan paus itu," kata beliau.

Pada tahun 2006, seekor ikan paus spesis 'Bryde' sepanjang 20 meter terdampar di Pulau Gaya berdekatan dengan bandar di sini.

Ia telah diselamatkan tetapi kemudiannya mati.

Seekor ikan paus lagi diselamat di pantai Tanjung Aru.

Pada Februari tahun ini, seekora ikan paus spesis Baleen sepanjang 12 meter ditemui mati di laut dekat Pulau Mengalum kira-kira 40 batu nautika dari bandar di sini._Mstar
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment