Sunday, 30 September 2012
#astro sengaja nak mencemarkan Imej Malaysia.
PANAS !!!! Gempar Apabila Gambar Jesus Muncul Di Dalam Buku Panduan Haji.
Panasssss !!!! Panahan asmara darling Betong
lagi Pencacai Pakatan Rakyat KANTOI fitnah terhadap @najibRazak
Apala punya bangan si Pencacai pembangkang ni... memalukan jelah.... pencacai pembangkan sebenarnya dah keing "idea" nak fitnah serta memburukan pemimpin negara.
Oleh kerana ketaksuban golongan politikus terutama dari Keldaian Daily, mereka telah mengambil bahan tersebut dan mula merepek-repek menulis mengenai BN telah mencetak gambar PM untuk diedarkan disekolah.
Fitnah Keldaian Daily juga telah disangkal oleh pemimpin-pemimnpinnya sendiri.
Sedangkan pelbagai usaha serta kewajiban kerajaan Barisan Nasional telah salurkan serta dilaksanakan untuk membantu rakyat "mensejaterakan rakyat" melalui tema "janji ditepati"
tetapi malangnya pemikiran sesetengah rakyat yang temakan serta terpengaruh dengan "janju ditaburi" oleh pembangkan.
Ini tweet dari pasangan sejoli "pakatan Haran" yang menafikan buku tersebut adalah dari pihak mereka. Apalah punya bodoh pencacai ni.. nak nafi ape lagi....
Bomoh Dijatuhi 3 Tahun Penjara, Sebatan Kerana Salah Guna Harta Dan Perdaya
Omar Mohamad, 38, yang merupakan seorang bomoh membuat pengakuan berkenaanselepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohd AzlanShah Mohd Allias.
Dia yang beralamat di Kampung Pekajang, Gelang Patah, dekat sini, dituduhmenyalahgunakan harta berupa emas bagi bagi kegunaan sendiri dengan melupus danmemajaknya di Kedai Emas Golden Height di a 56, Kampung Paya Mengkuang, TanjungKupang, Gelang Patah, kira-kira pukul 10 pagi, 1 Feb tahun lepas.
Kesalahan terbabit dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawahukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat serta boleh didenda.
Bagi 14 tuduhan memperdaya itu, empat daripadanya dituduh dilakukan olehOmar terhadap Ibrahim Mohamed dengan memperdayanya supaya menyerahkankeseluruhan wang berjumlah RM9,700 yang kononnya bagi menggandakan wang tersebutdan barang kemas bernilai RM3,240 yang kononnya bagi mencucinya dari saka.
Keempat-empat tuduhan terbabit didakwa dilakukan di alamat bernombor 23,Jalan Manggis, Kampung Pasir, Tampoi, di sini, sejak 25 April 2011 sehingga 26Jun 2011.
Bagi 10 tuduhan lagi, Omar yang masih bujang dituduh memperdaya KalthomMohamed, 57, dan Salbiah Sabtu, 51, dengan memperdaya kedua-dua wanita terbabitsupaya menyerahkan wang tunai dan hasil jualan barang kemas yang keseluruhannyaberjumlah RM140,538 yang kononnya bagi mengelakkan wang tersebut hilang disedutmahkluk halus dan bagi mencuci barang kemas dari saka.
Kesalahan-kesalahan terbabit didakwa dilakukan depan Bank Simpanan Nasionaldi Bandar Baru Uda, Bank CIMB di Bandar Baru Uda, Plaza Angsana dan Batu 4 1/2Jalan Skudai Kiri, di sini, antara 17 Jun 2010 dan 21 Mei lepas.
Kesemua 14 pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda.
Mahkamah memutuskan Omar dipenjara tiga tahun dan satu sebatan bagi pertuduhan menyalahgunakan harta terbabit serta tiga tahun penjara dan satu sebatan bagi setiap 14 pertuduhan memperdaya tersebut.
Bagaimanapun, kesemua hukuman penjara tersebut diputuskan bermula serentakdari tarikh dia ditangkap iaitu 19 Sept lepas.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Ashraff MohdDiah manakala Omar tidak diwakili peguam. BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, 29 September 2012
Artis Malaysia Mahu Beli Jet Peribadi #TurunkanHargaPrivateJet
Abby Abadi Hampir Lemas Di Kupang, Kedah.
Jangan Marah ek,... Abby senyum kat Gua,, |
Petang Khamis 27 Sep , Hampir ribuan penyokong PAS menanti kedatangan seorang artis yang bergelar ustazah di dikalangan penyokong PAS. Tidak di sangka sambutan yang amat hebat diterima oleh ustazah fantasia ini ketika kunjungan di Kupang, selepas kedatangan rakan artis sebelum ini yang menyertai PAS siapa lagi kalau bukan ostazah Aishah yang terkenal dengan lagu "janji manismu".
Pehhhh... ramaikan peminat abby ni... lepas ni PAS Baling BOLEH LER LETAK CALON PASd dari kalangan artis.... KK bukan ape... kesian kan Ustaz Taib nun... di pinggirkan setiap kali EVENT PAS di anjurkan terutama yang melibatkan YB Joe..... di benner pun yang digantung dah tak der gambar... sampai macam tu sekali....
PANAS !!! Dato Siti jumpa Rozita Che Wan berhubung Isu anak tiri.
Saya dan suami (Dato Khalid Mohd Jiwa) baru sahaja mengetahui mengenai cerita ini. Saya ada bertanyakan pada Ashraf sendiri tentang pertanyaannya terhadap Rozita Che wan dan ternyata dia memberitahu ia hanyalah gurauan sahaja.
PETIKAN MENARIK DALAM UCAPAN BELANJAWAN 2013 . @NajibRazak
1. "Kerajaan ini hakikatnya tidak pernah menjanjikan bulan, bintang mahupun cakerawala. Kita tidak pernah melakar lukisan yang pada hari ini tampak muluk-muluk dan indah, tetapi sebenarnya merupa racun berbisa".
2. "Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita tetap menceritakan kebenaran, biarpun kelat. Kita tidak pernah mendodoi rakyat dengan dongengan lipurlara, sebaliknya sentiasa menawarkan penyelesaian serta kepimpinan bitara terhadap segala permasalahan rakyat".
3. "Sayugia, mengurus sebuah negara majmuk yang kompleks seperti Malaysia bukan perkara mudah. Ia memerlukan keihklasan dan kebijaksanaan kerana rakyat Malaysia amat cerdik menilai yang mana intan dan yang mana kaca".
4. " Hakikat Rakyat telah memberi mandat kepada kerajaan ini sebanyak 12 kali tanpa putus semenjak 1959 bermakna sesuatu yang betul telah dilakukan oleh kerajaan sedia ada".
5. "Oleh itu, Bajet 2013 dirangka bertemakan 'Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati'".
6. "Sehubungan itu, naskah bajet yang akan saya persembahkan ini merupakan sebuah penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia lantaran terus meletak kepercayaan kepada kami di sepanjang ketika".
7. "Sejarah tercipta apabila dua daripada tiga IPO terbesar di dunia iaitu Felda Global Venture Holdings (FGVH) dengan nilai RM9.9 bilion dan IHH Healthcare Berhad dengan nilai RM6.3 bilion telah diterbitkan. Terkini, Astro akan disenaraikan pada Oktober 2012 dengan jangkaan nilai terbitan yang besar".
8. "Kerajaan amat menghargai sumbangan para nelayan dan sentiasa memastikan kedudukan sosio-ekonomi golongan ini bertambah baik dan pendapatan mereka meningkat".
9. "Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan syarikat Bumiputera dapat bersaing secara seimbang dalam pemilikan syarikat besar, pekerjaan berpendapatan tinggi serta pelaburan dalam sektor utama ekonomi".
10. "Kerajaan akan melaksanakan projek perintis Taska OKU bagi enam kategori kanak-kanak OKU yang merangkumi Down Syndrome, Autisme, penglihatan, pekak dan bisu, fizikal dan OKU masalah pembelajaran".
11. "Kerajaan sedar tentang pelajar miskin masyarakat India, terutamanya dari estet-estet, yang tidak memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan dan tidak berpeluang untuk mendapat pekerjaaan".
12. "Sesungguhnya, kerajaan ini adalah kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat. Kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat adalah objektif tertinggi. Kerajaan ini tidak akan sekali-kali melakukan sebarang tindakan yang akan membahayakan masa depan orang ramai".
13. "Hakikatnya, jika kerajaan terus memberi subsidi secara pukal, ia akan hancurkan kedudukan kewangan negara sehingga akhirnya rakyat menanggung akibat sepertimana yang berlaku di sesetengah negara".
14. "Gula yang diambil secara berpatutuan adalah baik, namun sekiranya diambil secara berlebihan, ia mampu menjadi racun".
15. "Sebaik manapun dasar yang telah digubal pihak kerajaan, tidak akan bermakna tanpa pelaksanaan yang cekap serta berkesan. Kerajaan mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam negara yang merupakan jentera pelaksanaan dasar negara, sama ada yang berada di peringkat daerah, pihak berkuasa tempatan, negeri mahupun pusat".
16. "Menurut hukum, hutang wajib dibayar. Pinjaman PTPTN satu amanah. Ia adalah satu keistimewaan, bukan satu hak. Jika hutang PTPTN tidak dibayar, ia akan menafikan hak-hak pelajar masa depan".
17. "Bajet yang baru saya bentangkan untuk tahun 2013 ini adalah bajet terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13. Ia merupakan antara siri-siri bajet yang akan mendorong negara tercinta ini ke arah pencapaian wawasan nasional.
18. "Dengan izin Allah S.W.T. dan dengan sokongan dan dokongan rakyat Malaysia, Insya-Allah kita akan menyaksikan enam lagi bajet yang akan dibentangkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum Malaysia berubah status daripada sebuah negara membangun berpendapatan sederhana tinggi, menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi".
19. "Pujangga bermadah, bumi mana tidak ditimpa hujan, gading mana yang tidak retak. Kita akur kerajaan BN tidak bebas daripada kekhilafan. Tetapi yang membezakan kami dan mereka ialah mereka tidak mempunyai ketawadu'uan untuk mengakui kesilapan, sebaliknya mencipta alasan demi alasan dengan penuh gempita menyalahkan orang lain.
20. "Maka, saya menyeru rakyat Malaysia supaya menghakimi kerajaan BN dengan amal perbuatan, bukannya retorik. Marilah bersama-sama saya dan rakan-rakan untuk kita melepas bebaskan segala potensi yang ada bagi membina sebuah negara yang boleh kita banggakan.
21. "Sesungguhnya, kita mahukan Malaysia yang tersanjung di persada antarabangsa. Malaysia yang makmur dan aman. Malaysia yang menjadi cahaya dan oasis di tengah-tengah ketidaktentuan global".
Sumber Mstar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Rasmi: Pro-Aspirasi Menang Pemilihan Di UM Dengan Kelebihan Satu Kerusi #AspirasiMahasiswa
Keputusan ini sekaligus membolehkan Pro-Aspirasi memenangi pilihan raya kampus di UM dengan kelebihan satu kerusi.
Keputusan rasmi yang dikeluarkan pada jam 1.15 tengah hari tadi menjadikan Pro Aspirasi memenangi 22 kerusi keseluruhannya manakala Pro-M, 21 kerusi.
Kesemuanya 43 kerusi dipertandingkan di UM.
Calon Pro-Aspirasi yang menang pada pemilihan semula itu ialah Neo Yew Boon bagi kerusi Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat manakala calon Pro-M yang menang ialah Maiyamin Md Nor bagi Fakulti Pendidikan.
Pemilihan di UM diadakan semula apabila dua kerusi fakulti berkenaan memperoleh keputusan seri pada pemilihan Selasa lalu.
Kemenangan ini juga menjadikan Pro-Aspirasi menguasai 18 daripada 20 institusi pengajian tinggi awam dalam pilihan raya kampus yang telah pun selesai Selasa lalu.
Satu-satu kampus yang dikuasai oleh Pro-M ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pro-M kini bukan sahaja kehilangan penguasaan di UM tetapi juga Universiti Sains Malaysia (USM) yang merupakan kubu kuat mereka.
Kini Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjadi satu-satunya universiti yang masih belum lagi selesai dengan pemilihan MPP. Pemilihan terpaksa diadakan semula ekoran kerosakan pada sistem e-undinya.
Tarikh pemilihan semula masih belum ditetapkan lagi oleh senat universiti.
UIAM menawarkan 31 kerusi keseluruhannya.
Berikut adalah keputusan penuh pemilihan MPP di semua 20 IPTA;
> Universiti Teknologi MARA (UiTM); Jumlah kerusi - 50; Pro-Aspirasi menang - 50.
> Universiti Malaysia Perlis (UniMAP); Jumlah kerusi - 31; Pro-Aspirasi menang - 31.
> Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM); Jumlah kerusi - 27; Pro-Aspirasi menang - 25; Pro-M - 2.
> Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA); Jumlah kerusi - 24; Pro-Aspirasi menang - 24.
> Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM); Jumlah kerusi - 28; Pro Aspirasi menang - 28.
> Universiti Putra Malaysia (UPM): Jumlah kerusi- 47; Pro-Aspirasi menang - 39; Pro-M menang 8.
> Universiti Utara Malaysia (UUM); Jumlah kerusi - 36; Pro-Aspirasi menang - 34; Pro-M menang - 1; Bebas - 1.
> Universiti Malaysia Sarawak (Unimas); Jumlah kerusi - 13; Pro-Aspirasi menang - 13.
> Universiti Sains Malaysia (USM); Jumlah kerusi - 45; Pro-Aspirasi menang - 39; Pro-M - 3; Bebas - 1.
> Universiti Sains Islam Malaysia (USIM); Jumlah kerusi - 24; Pro-Aspirasi menang - 24.
> Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); Jumlah kerusi - 29; Pro-Aspirasi menang - 24; Pro-M - 4; Bebas - 1.
> Universiti Malaysia Pahang (UMP); Jumlah kerusi - 24; Pro-Aspirasi menang - 22; Pro-M - 2.
> Universiti Malaysia Terengganu (UMT); Jumlah kerusi - 20; Pro-Aspirasi menang - 18; Bebas - 2.
> Universiti Malaysia Sabah (UMS); Jumlah kerusi; 38; Pro-Aspirasi menang - 36; Pro-M - 2.
> Universiti Malaysia Kelantan (UMK); Jumlah kerusi - 14; Pro-Aspirasi menang - 10; Pro-M - 1; Bebas - 3.
> Universiti Teknologi Malaysia (UTM): Jumlah kerusi - 54; Pro Aspirasi menang - 48; Pro-M - 6.
> Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM); Jumlah kerusi - 14; Pro-Aspirasi menang - 14.
> Universiti Malaya (UM); Jumlah kerusi - 43 kerusi, Pro-Aspirasi menang 22; Pro-M menang - 21.
> Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Jumlah kerusi - 28; Pro-M menang - 19; Pro-Aspirasi - 9;
> Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang menawarkan 31 kerusi, pengundian terpaksa diadakan semula pada suatu tarikh yang akan diumumkan kelak kerana terdapat masalah teknikal kepada sistem pengundian elektronik yang baru diperkenalkan tahun ini.
Sumber mstar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Idea 'Gila' untuk sebiji telefon 3G..
Diharap dengan pengemuman ini dan seterusnya telaksana segala yang di rancang, para belia di Malaysia dapat bersama dengan kerajaan membangunkan serta memajukan Malaysia... Belia dapat mencetuskan lagi Idea-idea kreatif serta mengilap bakat serta mengenal Pontensi dia----IM4U----
Belia Nikmati Rebat RM200 Bagi Pembelian Telefon Bimbit Pintar 3G
KUALA LUMPUR: Golongan belia akan menikmati rebat sebanyak RM200 secara one-off atau bayar sekali bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G, yang bertujuan membuka akses untuk golongan itu kepada lebuh raya maklumat, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan, Jumaat.
Perdana Menteri berkata pakej khas itu, yang akan diperkenalkan kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan syarikat telekomunikasi, terbuka kepada belia berumur antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.
"Sebanyak RM300 juta disediakan dan akan memanfaatkan 1.5 juta belia,"kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 diDewan Rakyat, Jumaat.
Najib berkata kerajaan juga akan menganjurkan Festival Belia Putrajaya yangmerupakan perhimpunan belia terbesar negara sempena perisytiharan tahun 2013sebagai Tahun Kesukarelaan Nasional.
Kementerian Belia dan Sukan sebelum ini berjaya mengumpulkan kehadiran 1.5juta belia pada Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada Mei lepas.
Najib berkata dalam usaha melahirkan generasi belia yang berpersonalititinggi, berintergriti, kreatif dan berinovasi, kerajaan melancarkan programY-Creative yang melibatkan persatuan belia di seluruh negara.
Bagi mengiktiraf peranan belia dalam pembangunan negara, kerajaan akanmelancarkan Pertandingan Lautan Biru 1Malaysia for Youth atau 1M4U bagi golonganitu mempersembah idea-idea kreatif dan inovatif menerusi pertandingan diperingkat tempatan, negeri dan kebangsaan.
"Tiga idea terbaik akan diberikan peruntukan daripada Dana Sukarelawan1Malaysia," kata Najib.
Katanya bagi membantu usahawan muda dalam bidang informasi, komunikasi danteknologi (ICT), sebuah yayasan dengan nama New Entrepreneur Foundation akanditubuhkan dengan peruntukan permulaan sebanyak RM50 juta bagi program latihandan bimbingan.
Selain itu, Young Entrepreneur Fund juga diwujudkan dengan peruntukan RM50juta, disediakan oleh SME Bank.
Dana pinjaman mudah alih ini adalah untuk belia berumur 30 tahun ke bawah dengan subsidi kadar pinjaman sebanyak dua peratus dan had maksimum pinjamansebanyak RM100 serta bayaran balik selama tujuh tahun. BERNAMA
''KK_ hanya untukmu Malaysia tercinta.. IM4U.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, 28 September 2012
PANAS : Sham (Kamikaze), Isteri Disahkan Cerai Setahun Lalu
Farazila membuat permohonan cerai terhadap suaminya pada 30 Ogos lalu.
SHAH ALAM: Hasrat isteri kepada komposer dan pendakwah bebas Sham (Kamikaze) iaitu Farazila Abdul Jabar yang ingin menuntut cerai daripada suaminya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis menjadi sebaliknya apabila pasangan tersebut sebenarnya disahkan bukan lagi suami isteri sejak 1 September tahun lalu.
Ia disebabkan tindakan rujuk yang dilakukan oleh pasangan tersebut secara perbuatan selepas 15 hari lafaz cerai dibuat adalah tidak sah mengikut mazhab Syafie.
Mereka juga telah melakukan perbuatan "muasyarah" iaitu yakin hidup sebagai suami isteri tanpa menyedari pernikahan mereka sudah terbatal.
Malah pasangan berkenaan juga tidak melaporkan lafaz cerai berkenaan kepada pihak mahkamah.
Hakim Syarie, Atras Mohammad Zin memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pasangan tersebut dalam sebutan kes mereka di sini pada Khamis.
Atras berkata, perbuatan Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, (defendan) yang tidak melaporkan lafaz cerai dan kembali rujuk itu menyalahi undang-undang syariah negeri itu selain bercanggah dengan hukum syarak yang telah ditetapkan.
"Walaupun rujuk secara perbuatan itu tidak salah dari segi hukum tetapi defendan harus melihat ia mengikut konteks undang-undang dan mazhab yang diguna pakai di negara ini.
"Defendan sepatutnya merujuk perkara berkenaan kepada mahkamah syariah untuk memutuskan perkara itu sebagai sah atau pun tidak," ujarnya.
Sehubungan itu katanya, kedua-dua pasangan tersebut sebenarnya tidak lagi menjadi suami isteri selepas lafaz cerai itu dibuat walaupun Sham menganggap dia sudah rujuk semula dengan Farazila, 31, (plaintif).
"Dengan ini mahkamah mengesahkan pihak defendan dan plaintif sah bercerai kali pertama pada tarikh tersebut dan rujuk perbuatan yang dibuat adalah tidak sah," katanya.
Sham dalam keterangannya memberitahu mahkamah dia telah melafazkan cerai terhadap Farazila di rumah mereka di Kondominium Sri Bayu USJ, Subang Jaya di sini kira-kira pukul 7 malam, 1 September 2011 (hari raya ketiga) dan kembali rujuk dengan perbuatan pada 16 September 2011.
Dia bagaimanapun mengakui tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak mahkamah.
Dalam pada itu, Farazila dalam keterangannya memberitahu selepas kembali rujuk mereka telah tinggal bersama sehingga 30 Ogos lalu iaitu pada hari dia memfailkan permohonan cerai terhadap Sham.
Berikutan pengesahan itu hakim memerintahkan plaintif menjalani edah muasyarah selama tiga bulan atau tiga kali suci bermula daripada tarikh dia tidak lagi tinggal sebumbung dengan defendan.
Mahkamah turut memerintah Farazila untuk membatalkan permohonan cerai yang dibuatnya sebelum itu.
Terdahulu pasangan tersebut hadir ke mahkamah untuk mendengar sebutan tiga permohonan yang dibuat oleh Farazila iaitu pengesahan cerai, rujuk dan permohonan cerai.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2008 secara kecil-kecilan di kampung halaman Farazila di Batu Pahat, Johor.
Farazila hadir dengan berpakaian jubah hitam berserta tudung ungu ditemani oleh dua orang ahli keluarga manakala Sham yang berbaju putih dan berkopiah hadir seorang diri.
Kedua-dua pasangan itu tidak diwakili peguam.
Sementara itu di luar mahkamah Farazila berkata, sebelum ini dia pernah menggesa Sham untuk melaporkan perkara itu ke mahkamah bagi mendapat kepastian tentang status perkahwinan mereka tetapi ditolak oleh bekas suaminya itu.
Menurut Farazila, Sham mengatakan perbuatan rujuk melalui perbuatan itu adalah sah selepas dia mendapat pandangan daripada ustaz selain berpandukan buku-buku agama walaupun tidak melaporkannya kepada mahkamah.
"Secara dasarnya ada hikmah saya memfailkan permohonan cerai pada 30 Ogos lalu kerana ia telah menyelesaikan kes lafaz cerai dan rujuk yang dibuat oleh dia (Sham) sebelum ini.
"Saya lega kerana segala-galanya telah selesai hari ini (Khamis) dan berharap akan lebih tenang selepas ini," katanya.
Manakala Sham pula memberitahu, dia reda dengan ketentuan Allah terhadap keputusan mahkamah dan enggan mengulas mengenai punca keretakan rumah tangga mereka berdua.
Mstar
KK_ Utamakan keluarga jangan utamakan Parti PAS. harap sham terus bersabar dengan dugaan dari Nya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
BR1M 2.0 : untungkan tabung derma PR #TurunkanHargaPrivateJet
BR1M 2.0 Langkah Pengurusan Ekonomi Tepat - TPM
KUALA LUMPUR: Pengumuman beberapa insentif termasuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia fasa kedua (BR1M 2.0) merupakan satu langkah pengurusan ekonomi yang tepat.
Timbalan Perdana Menteri, Tan sri Muhyiddin Yassin berkata, pemberian BR1M bukan sahaja mampu mengurangkan kos sara hidup rakyat namun secara tidak langsung ia memberi kesan kepada pusingan ekonomi dalam negara.
"Peruntukan sebanyak RM3 bilion ini akan diputar balik dan masuk dalam sistem ekonomi negara.
"Bermakna apabila mereka berbelanja, maka perdagangan dalam negara akan berkembang. Ini satu pengurusan ekonomi yang tepat," katanya pada sidang media selepas sesi perbentangan Bajet 2013 di bangunan Parlimen di sini, Jumaat.
Merusi Bajet 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian BR1M 2.0.
Bagi fasa kedua, ia diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.
Peruntukan RM3 bilion menerusi pemberian BR1M 2.0 ini akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.
Ditanya mengenai dakwaan pembangkang bahawa pemberian beberapa insentif menerusi Bajet 2013 dianggap sebagai 'bajet pilihan raya', Muhyiddin bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut.
"Apa yang kota buat adalah dengan mengambil kira keperluan rakyat. Ia bukan kerana tuntutan pilihan raya.
"BR1M ini sesuatu yang ditunggu-tunggu. Tambahan pula dengan memasukkan kumpulan orang bujang dengan pemberian RM250. Ia mampu boleh kurangkan kos hidup yang sebelum ini tidak tersenarai.
"Pembangkang kata dengan perbelanjaan ini kita hadapi masalah, tapi terbukti bahawa kadar defisit negara dapat dikurangkan," katanya.
Sumber.
KK_PR makin celaru...bila 'Kerajaan BN mengamalkan dasar 'Janji ditepati'.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
"Raja Bola" Ghani Minhat Meninggal Dunia
Gambar kenangan: Ghani (kiri) ketika sedang berbincang bersama rakan yang juga bekas pemain bola sepak Malaysia lain iaitu Datuk Santokh Singh, Datuk M. Chandran dan Wong Choon Wah sebelum perlawanan bola sepak tempatan pada 2011.
PETALING JAYA: Lagenda bola sepak Malaysia, Tan Sri Abdul Ghani Minhat meninggal dunia pada 10.35 pagi, Jumaat.
Allahyarham berusia 76 tahun, merupakan salah seorang pemain bola sepak terkenal di Malaysia.
Allahyarham dilaporkan baru sahaja menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara beberapa hari lalu.
Abdul Ghani adalah seorang penyerang hebat yang mewakili negara 1956-1963. Beliau mewakili Selangor pada 1955-1968.
Ghani, yang dilahirkan pada 23 Disember 1935 di Kampung Solok, Negeri Sembilan, bermain sebagai penyerang dan pemain sayap manakala mewakili Selangor dan Malaysia.
Beliau telah dihantar oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia untuk menjalani latihan di Eintracht Frankfurt, Jerman dan negara-negara lain.
Ghani kini memegang rekod sepanjang masa kerana menjaringkan 106 gol dalam hanya 15 perlawanan. Beliau menjaringkan 11 gol dalam kemenangan 15-1 ke atas Filipina.
Menurut Wikipedia, Ghani menghadiri Princess Road School (kini Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda) pada usia 10 tahun pada tahun 1945.
Dua tahun kemudian, Ghani telah memasuki Sekolah St John di Kuala Lumpur dan terus bermain untuk pasukan sekolah.
Pada tahun 1951, bakat beliau telah dikesan oleh pegawai polis tempatan yang kemudian memberinya but bola sepak pertama beliau.
Pada masa itu, hanya pemain bola sepak profesional mampu mempunyai but bola sepak kerana sangat mahal pada 1950-an. Sumber
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
43 Mangsa Banjir Dipindahkan Sejak Petang Khamis
Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) daerah Pendang, Mohd Izudin Inusneah berkata semua mangsa dipindahkan ke Pusat Rakan Sukan, Tanah Merah dekat sini, merupakan penduduk empat buah kampung, iaitu Kampung Bonggol Kambing, Hampar Kanan, Pondok Hampar dan Bonggol Besi.
"Kita pindahkan mereka sejak 6 petang semalam dan sehingga hari ini, operasimemindahkan mangsa banjir masih dijalankan dan jumlah mangsa mungkin akan meningkat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.
Beliau berkata sehingga 11 pagi tadi, paras air di Sungai Pendang meningkat kepada 3 meter dan beliau menasihatkan mangsa banjir yang belum berpindah supaya bersedia untuk dipindahkan, jika keadaan bertambah buruk. BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.