Menurutnya, beliau sangat gembira dengan berita itu dan menyokong tindakan BN yang disifatkan dapat mengharumkan nama Pulau Pinang di mata dunia.

“Saya bagi pihak kerajaan  negeri gembira dengan kedatangan penyanyi Psy yang akan mengadakan persembahan di sini.

“Pulau Pinang mendahului sekali lagi dengan kedatang- an Psy ke Malaysia. Kita boleh kata bahawa kali pertama Psy datang ke Malaysia, beliau datang ke Pulau Pinang,” katanya kepada media selepas mengagihkan limau mandarin di Pasar Chowrasta Market semalam.
Menurutnya, beliau yakin dengan kedatangan penyanyi rap itu, ia akan membantu industri pelancongan di negeri ini serta menjangka kehadiran orang ramai dari negara jiran ke persembahan berkenaan.
“Saya minta agar orang ramai yang hadir supaya memakai baju berwarna kuning sebagai tanda sokongan kepada Bersih, hijau untuk alam sekitar dan merah untuk Pulau Pinang,” katanya.
Sementara itu, Guan Eng menyerahkan cek bernilai RM300,000 kepada wakil kuil Murugan terbesar yang terletak di Jalan Kebun Bunga untuk kos pembinaan bangunan.
Cek itu diserahkan Guan Eng kepada P Kuvenaraju di pejabatnya semalam.
Setakat ini, kerajaan negeri sudah menyumbang sebanyak RM700,000 (termasuk RM300,000 yang baru diserahkan) kepada kuil berkenaan untuk tujuan kos pembinaan bangunan. sinar