Selasa, 20 Ogos 2013

"Apa yang tak kena dengan kenyataan @MukhrizMahathir?" #KEDAHAMANMAKMUR #rakyatnews #1Malaysia #HanyaDiKedah


Apa pulak yang salahnya dengan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Besar Kedah tu... Meroyan sungguh puak-puak belah sana nun... Awat' gatal miang buluh pasang bendera masa PRU13 tak habis lagi.. Ker' lepas tu kalah plak tu yang dok menyalak sakan.. Sana tak betul, sini tak betul.. Tuihhhh.. Awat masa hampa perintah Kedah elok sangat ker...dah buat cara Islam ker..'Sori 2 say lah '

Mai..aku nak habaq kat hampa semua, apa yang MB baru ni buat...

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir memberi jaminan bahawa beliau tidak akan memberi projek perniagaan di negeri ini kepada anggota keluarganya.

Katanya, beliau mahu mengelakkan keadaan yang boleh menimbulkan konflik kepentingan kepada dirinya jika ada anggota keluarganya mendapat projek perniagaan di negeri ini.

"Setakat ini tidak ada seorang pun ahli keluarga saya mahu buat projek di sini. Saya harap ia akan kekal seperti itu. Jika tidak, ia akan buat saya serba salah kerana saya pasti menyinggung perasaan mereka.

"Saya utamakan kepentingan rakyat. Kalau terpaksa pilih kepentingan rakyat dan kepentingan keluarga dalam soal perniagaan sudah tentu saya pilih rakyat. Jadi jika hendak elak menyinggung perasaan mereka lebih baik tidak timbul keadaan seperti itu (anggota keluarga dapat projek)," katanya pada sidang media sempena 100 hari beliau sebagai Menteri Besar Kedah.

Bagaimanapun, katanya, beliau mungkin akan meminta nasihat daripada anggota keluarganya kerana kepakaran mereka dalam bidang tertentu amat berguna.

Mengenai isu perumahan di negeri ini, Mukhriz berkata, kerajaan negeri akan mengekalkan dasar 50:50 bagi pemilikan rumah untuk bumiputera dan terbuka, yang dilakukan oleh kerajaan negeri pimpinan PAS sebelum ini, dan bukan kembali kepada dasar 30:70 yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

"Dasar rumah, kita masih amal 50:50. Dalam hal perumahan ini banyak keperluan dan permintaan di kalangan bumiputera. Kami nak ratio penduduk bumiputera di kawasan bandar dikekalkan.

"Sebab itu amalan 50:50 yang dimulakan PAS diteruskan. Memang ia diteruskan dari segi dasar tetapi dari segi pendekatan mereka (kerajaan PAS) gagal. Dalam hal ini kita juga kena pastikan kepentingan bukan Melayu dijaga, banyak cara lagi untuk diimbangi sebaik mungkin," katanya. Bernama.

So.. (Dengan Izin) harap 'puak-puak' boleh pikiaq dengan waras nahhhh.. Janganlah dok percaya kat 'prof Mahpussssss' sangat...


KK : I M soriiiiii....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 ulasan:

  1. Keluarga dia dah baham banyak dah... cukup2lah tu...

    BalasPadam

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah