Selasa, 3 Disember 2013

Pelajar Report Polis Kekasih Upload Gambar Memalukannya .#FB . @inspirasiislami

GARA-GARA ingin memutuskan cinta dengan teman lelakinya, seorang penuntut universiti kini menanggung akibat perbuatan bekas teman lelakinya telah memalukan dirinya di internet dengan memuatnaik gambar mereka berdua dalam keadaan berpelukan ke laman sosial Facebook.

Gambar itu sudah menjadi antara tajuk utama laman blog mengutuk serta mengecam penuntut berkenaan kerana dikatakan sebagai orang yang memuatnaik semua gambar berkenaan.
Dia sudah membuat laporan polis semalam berkenaan penyebaran gambar berkenaan.
Di sebuah laman blog mymedialab.blogspot.com, dua laporan polis dibuat wanita itu didedahkan.
Laporan pertama dibuat pada April tahun ini dan laporan kedua bertarikh semalam.
Dalam laporan polis pertama, penuntut itu mengadu dia sering diugut bunuh oleh teman lelakinya melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS).
Sms ugutan itu diterima pada 24 April pada pukul 3.09 minit petang yang berbunyi.. “Bunuh awak bagi saya macam bunuh semut, awak tunggulah kau dalam tu kejap lagi saya sampai dan jangan harap awak keluar hidup-hidup. Perempuan tak dengar cakap dan mak ayah kita akan menyesal lahirkan kita.
“Saya heret awak, saya cabut kepala awak dan badan awak dan bawa kepala awak sendiri ke balai polis. Tak menyesal langsung bunuh awak, saya puas hati,” .
Menurut laporan penuntut itu lagi, lelaki itu ada berjumpa dengannya dan pernah membawa pisau serta meletakkannya di sisi  semasa mereka berada di kafe universiti.
Laporan polis kedua pula penuntut itu mengadu bahawa dia telah mendapat tahu diaibkan melalui tindakan jenayah siber apabila gambarnya di laman Facebook telah disebarkan serta diambil oleh beberapa laman blog.
2
Penuntut berkenaan menyedari kejadian itu ketika berada dirumahnya.
Wanita itu berkata akaun Facebook itu bukan miliknya dan status berkenaan mencabar pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengambil tindakan juga bukan ditulis olehnya.
Kita berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan ke atas kes ini dan selesaikan dengan segera.
Buat mangsa, nasi sudah menjadi bubur. Biarpun sehebat mana cinta janganlah sampai gambar yang memalukan diambil dengan kamera kerana sekali ia sudah berada dalam kamera ia mempunyai risiko besar tersebar ke merata tempat sekiranya apa-apa berlaku dalam perhubungan.
Risiko lain juga ialah jika kamera atau telefon pintar, dicuri atau kehilangan gambar-gambar peribadi anda juga sudah tersebar. Hati-hati lah dalam menjalinkan perhubungan.

ceritaapakah.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah