Isnin, 16 Disember 2013

Surat Terbuka kepada YAB MB Kedah @MukhrizMahathir .#HanyaDikedah


"Setelah kerajaan Barisan Nasional mengambilalih tampuk pemerintahan negeri Kedah, segala permasalahan yang berkaitan negeri Kedah telah diselesaikan dengan cukup teratur dan rapi. "

Surat Terbuka kepada YAB MB Kedah berkenaan KUIN.

Assalamulaikum dan salam sejahtera…

Y.A.B. Datuk,

Setelah kerajaan Barisan Nasional mengambilalih tampuk pemerintahan negeri Kedah, segala permasalahan yang berkaitan negeri Kedah telah diselesaikan dengan cukup teratur dan rapi. Begitu jugalah isu KUIN yang selama ini menjadi masalah besar dalam Pemerintahan Pakatan Rakyat-PAS sehingga tersungkurnya kerajaan tersebut kerana kuasa yang ada pada rakyat. Kini kakitangan KUIN berasa tenang dengan pemerintahan baru yang membela nasib warganya. Namun terdapat dua perkara yang sedang dinanti-nantikan oleh warga KUIN iaitu :

1. Status KUIN sebagai Badan Berkanun Negeri

- Umum mengetahui bahawa kedatangan Y.A.B. Datuk ke KUIN tempohari telah mengumumkan 6 penambahbaikan yang selama ini ditunggu-tunggu oleh warga KUIN. Salah satunya adalah menjadikan KUIN sebagai sebuah badan berkakun di bawah kerajaan negeri. Malangnya, sehingga kini tiada langsung kedengaran tentang perkara tersebut. Yang ada hanyalah ura-ura untuk menaikkan yuran pelajar dan sebagainya. Kita khuatir sekiranya KUIN tidak dijadikan badan berkanun negeri, isu lama seperti pembayaran gaji yang terlalu tinggi kepada kroni, kemasukkan ahli keluarga yang bekerja tanpa prosedur pengambilan yang sah, penubuhan anak syarikat yang lintang pukang dan kenaikkan yuran pelajar tidak munasabah akan berlaku sekaligus akan memberikan imej yang buruk terhadap kerajaan negeri pimpinan Y.A.B Datuk. Sekiranya KUIN diletakkan di bawah badan berkanun negeri, pemantauan oleh pihak SPA negeri akan berlaku dan segala permasalahan akan dapat selesaikan. Jesteru itu, besarlah harapan warga KUIN agar perkara ini dapat diselesaikan dengan kadar yang segera.


2. Status Kampus Kuala Ketil.

- Salah satu sebab kakitangan KUIN membantah kerajaan terdahulu adalah disebabkan Kampus Kuala Ketil yang hanya gah didalamnya tetapi penuh dengan pembaziran. Ramai yang mengetahui bahawa KUIN Mergong telah beroperasi selama hampir 18 tahun di Alor Setar. Kebanyakkan kakitangan KUIN telah membeli rumah di Alor Setar dan selesa tinggal disini. Sekiranya perpindahan berlaku, sudah tentulah kakitangan akan terbeban dengan perkara ini. Tambahan pula KUIN masih belum mampu untuk mengurus sebuah kampus sebesar itu. Kami tidak menentang pembangunan, tetapi biarlah pembangunan tersebut rasional dan tidak membebankan samaada pelajar mahupun kakitangan KUIN. Yakinlah bahawa sekira berlakunya perpindahan ke kampus tersebut, yuran pelajar terpaksa dinaikkan untuk menampung kos seperti api, air, penyelengaraan bangunan dan sebagainya. Pengambilan 2 kali ganda kakitangan turut akan berlaku kerana kampus sebesar itu tidak akan mampu dikendalikan oleh kakitangan yang sedia ada sekaligus akan membebankan kewangan KUIN dan kerajaan negeri.

Y.A.B. Datuk

Kami faham untuk menguruskan sebuah universiti yang sudah sedia bercelaru bukan suatu perkara yang mudah. Tambahan pula hutang Kampus KUIN Kuala Ketil yang tinggi telah memberi kesan kepada kewangan negeri. Namun, kami yakin dangan pengalaman yang ada kepada Y.A.B. Datuk, isu KUIN dapat diselesaikan sedikit demi sedikit. Warga KUIN kini sedang dalam mood untuk bekerja dengan tenang dan aman. Diharapkan segala masalah yang diharungi sebelum ini akan terpadam dengan kepimpinan baru Sekali lagi, kami warga KUIN berterima kasih di atas segala keprihatinan pihak kerajaan negeri terhadap KUIN. Semoga Allah S.W.T. bersama Y.A.B. Datuk dalam menguruskan KUIN. Sekian terima kasih.

insantulis007
-INSAN TULIS-

Petikan dari Kedah Lanie.


1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah