Thursday, 4 October 2012

Siapa Hebat !! Penjual aiskrim Kutuk Mustafa Ali.


Selepas perang di Media cetak semalam, Kali ini Bakal MB selangor pula nak hero. Berkenaan  ingatan atau 'warning' dari Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapa Ali terhadap kenyataan orang kuat PKR Azmin Ali buka babak baru semalam selepas Azmin buat komen yang pedas di twitternya.
Dalam jawapan kepada satu pertanyaan mengenai kritikan Mustapa itu, Azmin dalam nada menyindir berkata, "faktor usia menyebabkan beliau keliru dan cepat melatah,".
Selain itu, Azmin juga RT tweet Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohamad Akin yang menyindir Setiausaha Politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin.
Kata Shamsul,"RT @shamsuliskandar: Faekah tdak perlu melatah; yg memilih kerajaan & Menteri Besar ialah rakyat ! Pemimpin bebas berikan pandangan. "
Kenyataan tersebut mungkin merujuk kepada kenyataan Faekah yang disiarkan sebuah portal berita.
Faekah dilaporkan menyoal bidang kuasa Azmin Ali dalam pelantikan Menteri Besar Selangor.
“Siapa Azmin untuk membuat kesimpulan begitu? Saya tidak tahu dari mana dia dapat aspirasi begitu?” kata Faekah.
Azmin sebelum ini dilaporkan berkata Khalid Ibrahim 'sesuai' memegang jawatan Menteri Persekutuan jika PR mengambil alih Putrajaya.
Kenyataan tersebut tidak disenangi PAS, berdasarkan komen terbuka yang dibuat Mustapa Ali dan disiarkan harakahdaily pada Selasa.
azminsam
Dalam pada itu,  Khalid Ibrahim sendiri dilaporkan berkata kenyataan Azmin itu adalah pendirian peribadi Timbalan Presiden PKR itu sendiri.
Menurut Khalid, kenyataan itu bukanlah dibuat secara bersama membabitkan PKR, DAP dan Pas.
“Saya baca kenyataan (Azmin) dari sudut positif dan nampaknya saya boleh bekerja dalam kerajaan Persekutuan dan Negeri,” katanya.
Tegas Khalid, “keputusan mengenai siapa akan bertanding dalam pilihan raya, siapa akan jadi (MB), hanya akan diumumkan sekiranya perlu. Tapi kebiasaannya komen ini bukan dari Pakatan Rakyat sebagai satu kumpulan,".
Sementara itu, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata masalah dalaman parti yang melanda PKR Selangor sejak Khalid mentadbir negeri itu gagal dibendung sehingga wujudnya puak-puak penentang di kalangan penyokong Azmin dan kerajaan negeri Selangor.

No comments:

Post a Comment